Salamz semua...
Seperti mana yang telah diinformkan sebelum ini, UKM Inter College Art Festival (ICAF 09) telah diadakan pada 27-29 Mac 2009, bertempat di Panggung seni, UKM. Pertandingan dimulakan dengan kategori teater (27 Mac), muzik (28 Mac) dan akhir sekali tarian (29 Mac).
Meskipun perjumpaan dengan wakil-wakil kolej telah diadakan pada sebelum ini sejak tahun lepas lagi, namun penyertaan daripada kolej-kolej agak mengecewakan dari segi kuantiti penyertaan. Dalam kategori teater hanya EMPAT kolej yang bertanding, muzik sebanyak ENAM kolej dan tarian sebanyak TUJUH kolej! Penyertaan yang agak hambar untuk projek yang boleh dikategorikan bagus yang dianjurkan oleh PUSKEB kerana buat pertama kalinya PUSKEB menganjurkan pertandingan kesenian antara kolej yang menghimpunkan elemen teater, muzik dan tari dalam satu masa. Very GOOD what!
Kasawari amat kecewa dengan penyertaan dalam kategori teater. Adakah kerana kali ini berkonsepkan teater BAHASA INGGERIS menjadi kekangan yang amat besar untuk sesetengah kolej? Atau adakah kerana alasan tidak mampu menghasilkan skrip teater Inggeris sendiri? Busy study untuk final exam? Bukankah masa telah diberikan untuk berkarya sejak tahun lepas? Hanya mereka sendiri yang ada jawapannya.
Apa pun, pertandingan tetap berjalan dengan lancar. Kelab Teater Rimba ingin memohon ampun dan maaf kepada PUSKEB, especially Kak Ayu kerana not well-prepared bagi persembahan penutup (29 Mac). Seperti yang sedia maklum, KTR baru sahaja menamatkan persembahan teater muzikal Sirah Junjungan arahan Erma Fatima bersama warga UKM yang lain dan tidak ada masa untuk latihan dan mengerahkan keringat bagi mementaskan teater/DEKON Inggeris dengan seperfectnya. Mujur ada Nazrin, Eddy dan Ayeen yang menghulurkan bantuan masing-masing untuk menjayakan DEKON Inggeris yang baru sahaja dikarya pada pagi hari penutup! Walaupun last minute Ayeen menarik diri kerana masalah kesihatan, persembahan tetap diteruskan dengan Eddy dan Nazrin secara spontannya. Thanx so much guyz! Appreciate it so much! Tanpa korang, KTR takkan membuat persembahan malam tu! Kredit untuk Nazrin kerana join gakz meskipun Nazrin bersama budak-budak Kejuruteraan yang lain akan memulakan final exam next week! Begitu juga dengan sokongan Kak Ayu yang tak putus-putus terhadap kami. You are one of my BESTEST Alumni yang masih menyayangi KTR. Btw, tercari-cari gakz anak-anak Rimba lain pada malam tersebut, tapi HAMPA! Busy kot... Hurmm...
Di sini adalah ringkasan keputusan pertandingan dalam setiap kategori.
TEATER
1st- Kolej Burhanuddin Helmi (suka dengan semangat team work kolej ni! cayalah!)
2nd- Kolej Aminuddin Baki
3rd- Kolej Tun Hussein Onn
MUZIK
1st- Kolej Pendeta Za'ba
2nd- Kolej Aminuddin Baki
3rd- Kolej Ungku Omar
TARIAN
1st- Kolej Pendeta Za'ba (again!)
2nd- Kolej Tun Hussein Onn
3rd- Kolej Burhanuddin Helmi
Pemenang Keseluruhan (Kolej Terbaik)
KOLEJ PENDETA ZA'BA (memang zaman kebangkitan kolej terbesar ni)
Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan Kasawari serta KTR amat menghargai penyertaan korang semua kerana masih terus menyintai dan memperjuangkan SENI!
2 comments:
hohohohoho...
cepat betol post ini...
kali ni xnk argue dgn kmngn tekad...
diorg wat almost perect...
tp, yg plg pntg skali..
thx kt smua2 yg tlg dekon...
last minit pnya keja!!!
hahahahaha
yeah, they're proving they are good! :)
thanx once again naz k! semoga sokongan korang kat KTR xkan berbelah bagi...
Post a Comment