06 March, 2009

DEKON (LIVE) @ RTM 1



Salamz...

Rasanya sudah lama blog KTR ni tidak diupdatekan. Maklumlah tengah busy dengan persiapan pementasan Sirah Junjungan Tahajud Cinta arahan Eirma Fatima di Istana Budaya nanti. Dalam kebusyan itu, KTR juga telah ditawarkan untuk membuat satu persembahan DEKON/Monolog sempena acara penutup dan pertandingan akhir PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2009.

Kelab Teater Rimba akan muncul membuat persembahan selingan sementara menanti juri-juri mengira markah finalist-finalist yang bertanding seperti dari Australia, Belanda, China, Malaysia, Indonesia, Brunei dan lain-lain. Menariknya, semua peserta meskipun dari negara-negara bukan nusantara akan bertanding dalam Bahasa Melayu! Tahun lepas Australian yang menang.

Kemungkinan besar acara ini akan disiarkan secara live di RTM 1. Jadi, jika benar dakwaan ini (cheh...), mari kita sama-sama saksikan KTRians beraksi di pentas pidato ini menerusi monolog yang memperjuangkan Bahasa Melayu.

Acara: Petandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009

Tajuk: "Monolog Perjuangan Bahasa dan Bangsa Melayu"

Tarikh: 06-Mac-2009 (Jumaat)

Masa: 9 p.m. (RTM 1)

Tempat: Putrajaya International Convention Centre (PICC)

p/s: jangan lupa saksikan (kalau betul masuk t.v. la... huhu...)

No comments: