Salamz..
Seperti mana yang telah diwar-warkan sebelum ini, satu pementasan bercorak Islamik akan dipentaskan pada bulan Mac ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Teater muzikal yang berkisarkan tentang perjalanan dan riwayat hidup junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. ini diarahkan oleh Eirma Fatima dan telah memasuki musim yang kedua setelah kejayaan pementasan musim pertama pada tahun lepas. Tahun ini, Eirma Fatima tampil sekali lagi dengan naskhah yang sama, ditambah dengan pelbagai sentuhan yang baru dan segar.
Untuk pengetahuan umum, pementasan Sirah Junjungan pada musim ini turut menampilkan para pelajar dari KELAB TEATER RIMBA dan sekali gus UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA selain daripada Istana Budaya, DBKL, UIAM dan ASWARA. Para pelakon utama terdiri daripada Ahmad Yatim, Vanidah Imran, Rebecca Nur Islam, Shahronizam Noor, Mazlan Tahir dan lain-lain. Pementasan ini juga diserikan dengan persembahan nyanyian daripada artis ternama tanah air seperti Jamal Abdillah (09-14 Mac), Dato' Siti Nurhaliza (18-20 Mac), Mawi (21 Mac) dan Amy Search (22 Mac).
Jadi, datanglah beramai-ramai untuk menonton persembahan yang menarik ini demi junjungan mulia Rasulullah s.a.w. kita.
Info:
Tajuk: SIRAH JUNJUNGAN TAHAJUD CINTA (musim kedua)
Tarikh: 09-22 Mac 2009
Masa: 08:30 p.m.
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya (Kuala Lumpur)
Tiket: RM 30, RM 50, RM 80, RM 100, RM 150 dan RM 200
Segala keterangan lanjut, layarilah web rasmi pementasan di http://www.yayasansenikarya.com/
"Ketika Islam dicabar... Rasulullah s.a.w. dihina... Bangkitlah wahai umat Muhammad demi mempertahankan akidah dan kebenaran yang diyakini."
No comments:
Post a Comment