08 April, 2009

MINGGU MANIFESTASI SENI TEATER


Hola semua pembaca dan pengikut KELAB TEATER RIMBA...

Sekali lagi untuk semester ini, para pelajar ko-kurikulum teater seni lakon akan mengadakan persembahan atau pementasan amali bagi melengkapkan unit peperiksaan mereka selain teori. Pementasan ini terkandung dalam Minggu Manifestasi Seni UKM 2009 yang akan diadakan sepanjang minggu ini (awal April).

Bagi persembahan teater, terdapat dua pementasan, masing-masing oleh pelajar ko-kurikulum dari UKM induk dan juga dari para pelajar UKM cawangan Kuala Lumpur, iaitu dari Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI). Pelajar-pelajar UKM induk akan mementaskan naskhah yang berjudul 'JUARA' yang mengisahkan Pak Dawam yang sedang giat berkempen untuk menang dalam pilihanraya di samping gelagat dua orang anaknya yang turut ingin menang dalam pertandingan karaoke dan ratu kebaya kampung. Adakah ketiga-tiga mereka akan muncul JUARA? Untuk pengetahuan umum, naskhah ini pernah dipentaskan oleh pelajar ko-kurikulum sesi 2005/2006 dahulu. Apakah perbezaan garapan kedua-dua sesi ini? Jom datang tengok!

Selain daripada persembahan teater, minggu ini juga menyelitkan Pameran Seni Tampak (09-11 April) dan Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri (10 April) di Foyer Pusanika UKM; serta Persembahan Pentas Muzik & Tarian (11 April) di DECTAR, UKM.

TAJUK: JUARA (UKM Induk) & ARCA (KTDI)
TARIKH: 09 APRIL 2009
MASA: 8:30 p.m.-10:30 p.m.
TEMPAT: PANGGUNG SENI, UKM
KUMPULAN: PELAJAR TEATER SENI LAKON




"Mahasiswa Memartabatkan Budaya Bangsa..."

4 comments:

Nazrin Saad said...

KTDI bawa Arca...

teuku kasawari said...

Arca ek? ok naz.. thank u very much... :)

teuku kasawari said...

ucapan TAHINAH kepada pelajar teater seni lakon baik dr UKM induk mahupun KTDI atas pementasan yang menarik dan menghiburkan malam tadi! syabas!

Mie Amour said...

oh..kenangan sungguh..sy dr produksi ko-k juara thn 2005/2006 tu..wahaha..mngkin skrang lbih bgus dr kitorng dulu..hrp2lah..