26 August, 2010

sesi latihan 25/8/2010


salam pada semua. sihat? belum terlambat utk ira wish
selamat berpuasa dan tak lama lg nak raya...yeyeyeye....
so kat sini, ira nak ucapkan sekali lagi terima kasih dan
tahniah kepada yang hadir malam td (25 ogos 2010) latihan
bersama BUNG. so ,ira nak conclude la apa yang berlaku
pada malam tadi..jeng..jeng..jeng..

aktiviti bermula selesai berbuka puasa bersama-sama di bilik kelab.
Nyum2x... selesai solat magrib, kami berkumpul dan sesi Bung
berdiskusi sementara tunggu hadam makanan dlm perut. Ye la,
tak kan nak buat olah tubuh selepas makan...

pose main ruang
sesi bersama bung

Selesai bercerita, apa lagi, sesi memanaskan badan bermula! yeah!! bermula dengan
olah tubuh bermula dari kepala hingga ke kaki. Then, kami membuat latihan
menggunakan kekuatan kaki! wuaaaa...lama xbuat wey...
kekejangan sedikit terasa dan kelihatan di muka2 mereka sedikit kerut, tahan ow..!

"...itulah namanya latihan teater dik..."

"...sesi menguruskan badan pon boleh dik..."

Pelbagai jenis latihan dilakukan pada malam td. antaranya:

1. menggunakan pentas yang kecil( kerusi) dan memuatkan
5 org di atas kerusi

2. menggunakan ruang bawah dan atas kerusi (10 org)
3. menyambung cerita sambil melakonkan situasi tersebut
(spontan)

4. bermain emosi ( gembira, ketawa, marah , menangis,
merayu)


Aktiviti selesai pada jam 12.00 am. Walaupun penat, tp kami semua gembira dan
berterima kasih kepada bung yang sudi mengajar kami. Tak lupa juga pada
KAK ZUL yang bantu bung conduct! hehehehe... ibarat teater hidup semula
di bilik kelab. InsyaAllah, setiap minggu kita akan adakan perjumpaan bersama
ahli KTR dan sekiranya kepada ALUMNI dan sesiapa sahaja yang berminat
ingin turut serta dalam sesi latihan teater, bolehlah hadir pada setiap jumaat
pada jam 8.30 pm di panggung seni atau di bilik kelab.
Sebarang info ira akan update di blog ini ataupun di
FACEBOOK KELAB TEATER RIMBA .
Terima kasih pada yang menyokong kami semua.

p/s: jumaat ini (27 ogos 2010) tidak akan diadakan latihan teater,
sebab kami semua akan berangkat ke KAPAR, KLANG utk
majlis berbuka puasa dan berpuisi di rumah IBRAHIM GHAFAR.
Sesiapa nak pergi, sila hadir jam 5pm esok (27 ogos 2010)
di hadapan panggung seni dan bas akan bertolak 5.15pm. tq~

~ira
~26 ogos 2010
~5.16pm

24 August, 2010

buka puasa ngan alumni !


salam dan hai semua! hehehehe...nak cerita apa ek? so aku straight to da point la...malas nak karang panjang2 cam beri ceramah lak...

first ira nak ucap thanks pada semua yang sudi dtg utk casting volume 2 usang tadi. dan paling terharu, ada alumni yg turut hadir! yeyeyeyey....^_^
THANKS TO ABG KELI, ABG AKMAL, ABG MAT PET AND ABG NOHMAN
yang turut hadir pada malam ini...kepada yang hadir, thank you so much n love uols~

next, pengumuman....pada 29 ogos 2010 (ahad) akan diadakan majlis berbuka puasa KTR bersama ALUMNI KTR dan solat terawih bersama-sama. bayaran akan diberitahu kelak. so, prepare la dlm RM10 ek? jadi, jomlah beramai2 ke bilik kelab pada hari tersebut dan menghidupkan semula bilik kelab!yeah~

dan kepada ahli KTR dan ko k tahun 2, jangan lupa hadir pada hari rabu (25 ogos 2010) ini utk sesi latihan asas teater lagi bersama bung. rugi tau xturun. dpt tgk bung buat olah tubuh bersama-sama kita semua! hebat! dtg pada jam 6pm. so, prepare la dgn beli siap2 makanan berbuka puasa dan makan sama-sama lah ye...

ok la...sampai disini sahaja utk ...jumpa kat teater..YEAH~

~ira
~1.05am
~24 ogos 2010

22 August, 2010

LATIHAN BERSAMA BUNG KANCIL

BY : sayanuratiqah

atur letak yang dikompos oleh diri mereka sendiri

hye there~ 

tak mahu cerita panjang.. latihan berteater kali ini mmg lebeyh best sbb bung kancil sendiri yang turun utk beri tunjuk ajar kpd kami semua.. bermula dari beberapa gerakan olah tubuh yang agak asing dari selalunya lalu berpindah pula kepada olah rasa. 

kelas kali nieh best sbb senior n junior bergabung tenaga! yeay!! kita satu family!

kelas ini akan terus dijalankan pada setiap hari rabu di panggung seni.. semua dijemput hadir~

MEMANUSIAKAN MANUSIA MELALUI TEATER