26 August, 2010

sesi latihan 25/8/2010


salam pada semua. sihat? belum terlambat utk ira wish
selamat berpuasa dan tak lama lg nak raya...yeyeyeye....
so kat sini, ira nak ucapkan sekali lagi terima kasih dan
tahniah kepada yang hadir malam td (25 ogos 2010) latihan
bersama BUNG. so ,ira nak conclude la apa yang berlaku
pada malam tadi..jeng..jeng..jeng..

aktiviti bermula selesai berbuka puasa bersama-sama di bilik kelab.
Nyum2x... selesai solat magrib, kami berkumpul dan sesi Bung
berdiskusi sementara tunggu hadam makanan dlm perut. Ye la,
tak kan nak buat olah tubuh selepas makan...

pose main ruang
sesi bersama bung

Selesai bercerita, apa lagi, sesi memanaskan badan bermula! yeah!! bermula dengan
olah tubuh bermula dari kepala hingga ke kaki. Then, kami membuat latihan
menggunakan kekuatan kaki! wuaaaa...lama xbuat wey...
kekejangan sedikit terasa dan kelihatan di muka2 mereka sedikit kerut, tahan ow..!

"...itulah namanya latihan teater dik..."

"...sesi menguruskan badan pon boleh dik..."

Pelbagai jenis latihan dilakukan pada malam td. antaranya:

1. menggunakan pentas yang kecil( kerusi) dan memuatkan
5 org di atas kerusi

2. menggunakan ruang bawah dan atas kerusi (10 org)
3. menyambung cerita sambil melakonkan situasi tersebut
(spontan)

4. bermain emosi ( gembira, ketawa, marah , menangis,
merayu)


Aktiviti selesai pada jam 12.00 am. Walaupun penat, tp kami semua gembira dan
berterima kasih kepada bung yang sudi mengajar kami. Tak lupa juga pada
KAK ZUL yang bantu bung conduct! hehehehe... ibarat teater hidup semula
di bilik kelab. InsyaAllah, setiap minggu kita akan adakan perjumpaan bersama
ahli KTR dan sekiranya kepada ALUMNI dan sesiapa sahaja yang berminat
ingin turut serta dalam sesi latihan teater, bolehlah hadir pada setiap jumaat
pada jam 8.30 pm di panggung seni atau di bilik kelab.
Sebarang info ira akan update di blog ini ataupun di
FACEBOOK KELAB TEATER RIMBA .
Terima kasih pada yang menyokong kami semua.

p/s: jumaat ini (27 ogos 2010) tidak akan diadakan latihan teater,
sebab kami semua akan berangkat ke KAPAR, KLANG utk
majlis berbuka puasa dan berpuisi di rumah IBRAHIM GHAFAR.
Sesiapa nak pergi, sila hadir jam 5pm esok (27 ogos 2010)
di hadapan panggung seni dan bas akan bertolak 5.15pm. tq~

~ira
~26 ogos 2010
~5.16pm

No comments: