30 April, 2010

Salam Lembaran Baru

~SALAM LEMBARAN BARU~

Salam pada semua...ini merupakan warkah ira yang pertama setelah diberi mandat oleh Bung dan mantan-mantan yang lain sebagai YDP KTR yang baru. Alhamdulillah...ira masih baru dan mengharapkan bantuan dan sokongan dari yang lain-lain...tidak lupe kepada senior-senior yang banyak membantu ira dan rakan-rakan lain. Terima kasih banyak-banyak ^_^

Untuk KTR sesi 10/11, ira perkenalkan barisan pimpinan baru Majlis Tertinggi yang pertama. Ira perkenalkan:

YDP :Faridzatul Shahira binti Khalid (tahun 1)
NYDP :Muhamad Naim bin Abd Malek (tahun 2)
S/u :Noor Azleena bt Abdul Karim (tahun 1)
N. S/u :Muhamad Izzuddin B Nasruddin (tahun 1-master-)
Bendahari :Noor Siti Hamizah bt Norizam (tahun 1)
N.Bendahari :Garret Anak Dawum (tahun 1)

Untuk barisan exco, masih di dalam pencalonan. InsyaAllah akan diberitahu kelak secepat mungkin. Diharapkan dengan adanya pimpinan baru ini, kita semua dapat memartabatkan dunia teater di persada dunia ^_^.

Disini, untuk aktiviti pada bulan 5 ini, seperti yang dimaklum, kita ada 3 program iaitu Festival Teater Makom, Opkim dan Dekon. Alhamdulillah...masih berjalan dengan baik walaupun terdapat beberapa masalah teknikal (biasa la...heheheheh). Kepada yang terlibat, diucapkan selamat berjaya...

Disini juga, ira ingin tampilkan aktiviti pementasan kumpulan teater di luar...

PROGRAM SEMARAK BANGSAWAN 2010 (bertempat di Panggung Bandaraya)
tiket : RM5.00

7-9 MEI 2010 - NILAM DIWANI (KUMP BANGSAWAN SERI MAHKOTA ALAM)
11-13 JUN 2010 - MEGAT BULANG KUALA (PERSATUAN SENI BANGSAWAN
BINTANG TIMUR)
9-11 JULAI 2010 - ALADDIN (UPM)
6-8 OGOS 2010 - PUTERI MAHARANI ( PERSATUAN PENGGERAK SENI BUDAYA
KUALA LUMPUR)
24-26 SEP 2010 - SATRIA MENARA PUTIH (AKRAB)
8-10 OKT 2010 - BUNGA SAKTI CINTA MALAM (ALUMNI ASWARA)
12-14 NOV 2010 - PANCA DELIMA ( DBKL)
10-12 DIS 2010 - 5 BERSAUDARA (JKKN)

MANIFESTASI TEATER MALAYSIA 2010( MASUK PERCUMA)

- TEATER NGO/ IPTA

22-23 MEI 2010 - GEJOLAK (AURA PRODUCTION)- AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL
29-30 SEPT 2010 - WALINONG SARI ( GRUP TEATER GERAK SENI)- PANGGUNG
BANDARAYA KUALA LUMPUR
16-17 OKT 2010 - DUSTA PADA SKALA 1 HINGGA 10 ( BAKAWALEE PENANG)-
PANGGUNG BANDARAYA KUALA LUMPUR
18-19 DIS 2010 - MEIGHO (TEATER ASPEK)- PANGGUNG BANDARAYA KL

- TEATER MONOLOG (BERTEMPAT DI AUDITORIUM TAMAN BUDAYA KL)

1-2 MEI 2010 - DENYUT ( AURA PRODUCTION)
12-13 JUN 2010 - NUR ISANDRA ( PERSATUAN KARYAWAN PERAK)
19-20 JUN 2010 - LUBANG NERAKA ( YAYASAN PELAJARAN JOHOR)
3-4 JULAI 2010 - ANAK KECIL MAIN API (SEKENET)
2-3 OKT 2010 - KEMARAU MUSIM TENGKUJUH (KELAB KILAT TNB)

Setakat ini dahulu info yang dapat ira kongsikan bersama peminat-peminat teater. Semoga kita bersama-sama memartabatkan dunia teater...Sebelum ira mengakhiri kalam ini, suka ira kongsikan kata-kata yang dapat menjadi panduan hidup kita...jumpa lagi ^_^

"Patience is the art of hoping. (Vanvenargues)"

salam sayang dari ira,
~30 april 2010
~2.35 pm


30 March, 2010

ICAF...Tahniah kepada kolej Menang



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bertemu lagi kita dalam pertandingan Inter College Arts Festival UKM yang merupakan salah satu festival kesenian yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM. Festival ini merupakan kali kedua yang dianjurkan oleh Puskeb UKM dan disertai oleh 9 Kolej yang terdapat di UKM. Antaranya Kolej Dato Onn,Kolej Aminudin Baki,Kolej Ungku Omar, Kolej Burhanudin Helmi, Kolej Rahim Kajai, Kolej Ibu Zain, Kolej Tun Husein Onn, Kolej Keris Mas, Kolej Pendeta Zaaba.

Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Teater, Tarian dan Muzik Band dan salah satu syarat utama ialah kesemua perseembahan hendaklah dalam bahasa Inggris dari segi nyanyian, teater dan tarian ... apa nak diInggriskan dengan tarian ...menari balade kot hmmm.....

Walaubagaimanapun ada kolej yang menghantar penyertaan 1, 2 dan kesemua kategori. Bagi yang menghantar semua kategori anda memang layak bagi menerima piala pusingan kolej terbaik. Kesemua kategori berlangsung selama 3 hari iaitu 25 dan 26 teater,27 music band dan 28 Tarian. Kesemua kategori pertandingan diadili oleh mereka yang berrpengalaman dari bidang masing-masing iaitu dari Istana Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor dan juga pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan pemenang diumumkan pada hari penutup iaitu 28/3/2010 Ahad.

Untuk ICAF kali KTR sekali lagi diundang untuk mengisi slot pengiraan keputusan pemenang.Pada kali ini KTR cuba mementaskan karya Anton Chekov yang berjudul "The Proposal" yang bermaksud Peminangan yang pernah dipentaskan pada Penutup Festival Teater UKM 2008 di UKM oleh barisan pelakon Abg Pisang (Stephan), Eddy ( Ivan) dan Natalia ( Laili). Beza kali ini KTR cuba untuk mementaskan naskah ini dalam fully english.

Pada kali ini KTR dibarisi pelakon yang baru iaitu syam ( Stephan), Hailey (Ivan) dan Natalia ( Ayen). Seriously, syam nak cakap memang susah hendak bw naskah yang fully English kerana kami semua bukannya dari bidang kesusasteraan Ingggris atau TESL. Apapun kami cuba yang terbaik untuk persembahan malam itu. Selama seminggu kami cuba untuk mengarticulate pronouncation english, hafal skrip dan bloking tanpa diarah oleh mana2 pihak.Mean Thats pelakon ialah pengarah dan prodaksi. Walau apapun syam ucapkan terima kasih kepada Ira (Tahun 1), Garet ( Tahun 1), Tojo (Tahun 3) dan Azirin (Tahun3 ) kerana membantu dari set, audio dan light.

Memandangkan kami pelakon baru dalam teater Inggris memang tak dinafikan ada masalah dari segi grammar dan pronouce. Malah untuk improvise juga memerlukan masa untuk berfikir supaya ayat tak tunggang terbalik dan menyebabkan ada sesetengah aksi agak drag dan membosankan. Tidak terkecuali terkeluar ayat BM dalam dialog. hmmmm.... Namun kami anggap ia sebagai pengalaman berharga dan manis sepanjang kami bergelar anak teater dalam KTR. Apapun ada sesetengah aksi kami mendapat tepukan gmruh dari audience yang hadir.

Keputusan pertandingan adalah seperti berrikut :

Theatre - Kolej Burhanuddin Helmi

Music - Kolej Pendeta Za'ba

Dance - Kolej Burhanuddin Helmi

College of the Year - Kolej Burhanuddin Helmi

ENGLISH THEATRE

Best Promising Actor
Jambu - 'Jambu Son of Sungai' (Ibu Zain International Student House)

Best Promising Actress
Old Wise Woman - 'The Lord of the Keris' (Kolej Aminudin Baki)

Best Supporting Actor
Paul - 'Money Can't Buy Love' (Kolej Tun Hussein Onn)

Best Supporting Actress
Mama - 'If Only' (Kolej Ungku Omar)

Best Actor
Norman - 'Your Call Please?' (Kolej Burhanuddin Helmi)

Best Actress
Joan - 'Money Can't Buy Love' (Kolej Tun Hussein Onn)

Best Artistic
'Second Chance' (Kolej Pendeta Za'ba)

Best Script
'Money Can't Buy Love' (Kolej Tun Hussein Onn)

Best Director
'Your Call Please?' (Kolej Burhanuddin Helmi)

2nd Runner Up
'Money Can't Buy Love' (Kolej Tun Hussein Onn)

1st Runner Up
'Love Suicide' (Kolej Dato' Onn)

Champion
'Your Call Please' (Kolej Burhanuddin Helmi)


MUSIC


Best Vocal Performance
Kolej Keris Mas

2nd Runner Up
Kolej Burhanuddin Helmi

1st Runner Up
Kolej Keris Mas

Champion
Kolej Pendeta Za'ba


DANCE


Best Traditional Costume
Kolej Burhanuddin Helmi

Best Creative Costume
Kolej Burhanuddin Helmi

Best Traditional Choreographer
Mr. Aajazahmad Mostaqvim (Kolej Pendeta Za'ba)

Best Creative Choreographer
Mr. Mohd Taufik Hussin (Kolej Burhanuddin Helmi)

Best Traditional Performance
Kolej Burhanuddin Helmi

Best Creative Performance
Kolej Burhanuddin Helmi

2nd Runner Up
Kolej Ibrahim Yaakob

1st Runner Up
Kolej Pendeta Za'ba

Champion
Kolej Burhanuddin Helmi


COLLEGE OF THE YEAR ICAF 2010


Kolej Burhanuddin Helmi

Syam ingin mengucapkan tahniah kepada semua kolej terlibat terutama Kolej Burhanudin Helmi kerana memenangi College Of The Year. Teruskan usaha anda dalam berkarya dan semoga lebih maju untuk masa akan datang. Pada kolej yang kurang berjaya cuba lagi masa akan datang dengan memperbaiki kelemahan yang ada sekarang.

Syam berharap agar Festival Art bukan hanya fokus kepada kategori tarian, teater dan band malah boleh juga ditambah dengan dikir barat dan juga dekon. Ini bukan sahaja boleh meningkat kemahiran soft skill warga kampu dalam komunikasi malah terhadap kesenian Malaysia.Syam juga mencadangkan agar pihak Puskeb boleh menjadikan aktiviti seperti ini dengan melibatkan pelajar asing sebagai peserta dan menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa utama. Contohnya dengan mengadakan Puisi, Pidato, Pantun, Teater, Tarian, Muzik dengan melibatkan pencampuran peserta warga kampus tempatan dan asing mewakili setiap fakulti UKM. Dengan ini diharapkan misi UKM yang menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa pendidikan akan tercapai menjelang 2020.




22 March, 2010

Trip Ke UMT




Assalamualaikum dan selamat seejahtera,

Semalam Kelab Teater Rimba baru sahaja kembali dari negeri yang terkenal dengan penyu, nasi dagang dan keropok lekor iaitu negeri Terengganu. Tujuan kami ke negeri Terengganu adalah atas undangan dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaysia Terengganu untuk menyaksikan Persembahan Bangsawan Puteri Lesung Emas. Apa yang sedih kali ini ialah kehadiran para peserta untuk lawatan kali ini ialah amat menyedihkan iaitu seramai 8 orang sahaja. Mungkin kehadiran amat menyedihkan disebabkan ICAF , lawatan Kok, Dinner dan sebagainyamenyebabkan ramai yang tak dapat ikut serta. Manakala pelajar Kok Teater semuanya sibuk dengan latihan praktikal teater untuk minggu depan. Tapi tak mengapa mungkin lain kali ada ruang dan masa dapat lagi pergi ke UMT...



Mereka yang pergi ialah syam (Tahun 4) , Izzudin(Master Tahun 1), Iqa (Tahun 1), Ira (Tahun 1), Ayen (Tahun 3), Miza (Tahun 1) , Azirin (Tahun 3) dan Garet (Tahun 1).Perjalanan kami ke UMT bermula jam 9.30 pg dan sampai di UMT jam 7 petang ( 9 jam perjalanan .... macam nak patah pinggang).Sepanjang perjalanan kami sempat singgah beberapa Kawasan Rehat iaitu Genting Sempah Bentong, Kawasan rehat Chendor ( Kemaman ) dan Stesen Minyak Marang.


Apa yang menarik sepanjang jalan kami dapat melihat laut yang terbentang luas dari Chukai ke Kuala Terengganu dan terasa penat dan stress di UKM hilang seketika. Kelihatan juga kawasan tapisan minyak dan gas ali di Paka, Masjid Terapung di Marang serta Masjid Kristal di Kuala Terengganggu merupakan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.Kami tiba di UMT jam 7.00 malam dan check in di asrama Ibnu Tirani di UMT.


Stesen Janakuasa di Paka


Kawasan Pantai UMT

Sekumpulan bot nelayan di Muara Sungai Dungun



PERSEMBAHAN BANGSAWAN


Salah satu babak Bangsawan Puteri Lesung Emas


Pintu Masuk Dewan Sultan Mizan...tempat pementasan berlangsung

Persembahan bangsawan bermula jam 830 malam namun pementasan bermula jam 9 malam bagi meberi laluan kepada azan Isyak. Dari segi fasiliti UMT mempunyai Dewan Sultan Mizan yang boleh menampung jumlah penonton 1/2 Dectar UKM. Boleh dikatakan jumlah penonton yang meminati dan datang pada malam tersebut hampir 1/2 dewan. Dari segi teknikal, sistem audio dan lampu masih agak lemah. Boleh dikatakan setiap scene akan ada permasaalahan dari segi audio dan lighting. Masalah ketara audio ialah buzzing dan humming menyebabkan mood pelakon jatuh. Apapun tahniah kepada pihak UMT kerana sedaya upaya cuba menjayakan pementasan tersebut. Untuk makluman pada malam tesebut VIP yang hadir ialah NC UUM, NC UMT dan isteri, para pegawai kebudayaan UMT.

Cerita ini mengisahkan perebutan kuasa antara puteri di sebuah negeri..... so tpical story mory bangsawan........dan pada masa yang sama berlakulah konflik cerita 4 segi antara 2 putera yang berlainan negeri dengan 2 puteri yang memerintah sebuah negeri. Disebabkan dendan dan cinta tak berbalas , kanda puteri berdendam dengan adindanya dan menyebabkan sumpahan racun dapat ditamatkan dengan lesung emas milik naga yang ganas di Tasik Chini.....

Apa yang syam dapat komen cerita ini menarik sekiranya pengarah pandai memperbanyakkan unsur "kekaguman" dalam teater seperti permainan set dan lampu. Jalan cerita yang menarik cuma olahan cerita agak meleret dan ada scene yang tidak perlu, tidak dipotong menyebabkan cerita drag sehingga 3 jam...( 9 malam 12 malam). Bak kata Bung Kancil Bangsawan memang boleeh dipentaskan sampai 3 jam tetapi unsur tarian,nyanyian, syair dan seloka perlu mantap dan menarik..

Namun demikian, syam amat suka dengan nyanyian extra turn..memang tidak mengecewakan ditambah pula dengan tarian yang sungguh memukau. Untuk UMT anda mempunyai ramai bakat yang terpendam yang tidak boleh dipersiakan. Oleh sebab hari larut malam, kedai makan hampir nak tutup, perut berkeroncong kami terrpaksa pulang awal 30 minit sebelum tamat show untuk makan. Kami berharap pihak UMT maafkan lah kami.........

BERTOLAK PULANG


Pose Berlatarbelakang Masjid Kristal



Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam


Taman Bunga Berunsurkan Islam

Kami bangun jam 9 pagi dan check-out 1030 pagi. Sebelum menanti abang bas tiba kami bersiar di Pantai UMT untuk menghirup udara segar dan berserapan pagi di Cafe Tok Jembal UMT. Kemudian kami bersiar-siar di Taman Tamadun Islam Terengganu yang menempatkan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Taman Replika Masjid dan Taman bunga berunsurkan Islam. Sebelum bertolak pulang, kami singgah di Pasar Payang Terengganu untuk membeli cenderahati dan keropok lekor untuk dibawa pulang. Kami bertolak pulang dari Kuala Terengganu jam 230 petang dan sampai di UKM 1150 malam. Banyak pengalaman manis yang tak dapat syam lupakan di Terengganu. Rugilah mereka yang tak pergi tu....... Syam harap untuk MT KTR akan buatlah sesuatu aktiviti yang boleh mengeratkan silaturahim antara teater UMT dan UKM agar ukhwah teater kekal terjalin selamanya.......


INFO TRIP KE TERENGGANU

#Jarak perjalanan ialah hampir 9 jam iaitu sejauh 440 km dari UKM ke UMT...

#Makanan yang popular nasi dagang dan keropok lekor.....

#Setiap 5 km akan jumpa klinik di tepi Jalan...Terengganu banyak orang sakit ke ??????????

#Kuala Terenganu ada banyak pulau di muara dan memerlukan jambatan yangg besar merentasinya...........

# Pasar yang terkenal di Kuala Terengganu ialah Pasar Payang..kat sini boleh beli batik terengganu,songket,keychain , makanan tradisional, makanan laut kering dan sebagainya...