07 October, 2009

MAHSURI ....PEREMPUAN YANG SADIS


Assalamualaikum dan salam sejahtera syam ucapkan kepada semua KTRians dan juga peminat-peminat teater UKM.

Pada hujung minggu ni, akan diadakan aktiviti menonton teater untuk program Semarak Bangsawan yang seringkali diadakan pada awal bulan sepanjang tahun 2009 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur. Selalunya program bangsawan ini dianjurkan atau dipentaskan secara bergilir-gilir oleh group-group teater yang bergiat aktif dari seluruh Malaysia.

Pada kali ini Kumpulan Bangsawan Negeri Kedah akan mempersembahkan teater mereka yang bertajuk Bangsawan Mahsuri yang akan dipentaskan mulai 9 - 12 Oktober (Jumaat hingga Ahad).Syam tak sabar-sabar nak tonton teater bangsawan sebab hampir sebulan Panggung Bandaraya tiada show bagi menhormati bulan ramadhan.

Oleh itu, syam sebagai wakil KTR menjemput semua ahli KTRians dan peminat teater kampus UKM supaya sama-sama dapat pergi menonton teater bangsawan ini. Perkhidmatan bas dari UKM ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur akan disediakan.

Info Mahsuri

- Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri.

-Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

-Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya.

-Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

-Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

-Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman.

-Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

-Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darah jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

# Sumber info diambil dari wikipedia

Untuk makluman lanjut boleh hubungi:

syam YDP (013-2273677)
Mimi S/u (013-3104361)


Tarikh : 10/10/2009 (Sabtu)
Masa berkumpul : 6 petang
Tempat berkumpul : Hadapan Panggung Seni
Balik Ke Ukm : 11.30 malam

06 October, 2009

Syam Si Badak air mula menguap....


Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam aidilfitri syam ucapkan kepada semua ahli-ahli KTR.

Sebagai YDP KTR sesi 2009/2010,yang baru syam ingin berterima kasih kepada barisan jawatankuasa sesi lepas 2008/2009 kerana memberi kepercayaan untuk meneruskan agenda KTR. Sebagai YDP baru syam ingin meneruskan tiga objektif utama KTR dalam setiap aktiviti atau program iaitu :

1. Menerapkan konsep satu malaysia dengan mempelbagaikan penyertaan pelbagai kaum dalam setiap aktiviti.

2.Memantapkan ilmu teater dalam setiap ahli pada setiap masa dan bukan hanya dipraktikkan untuk menyertai sesuatu pertandingan atau festival atau persembahan undangan.

3.Meneruskan agenda pengantrabangsaan dan penjenamaan KTR melalui kegiatan aktiviti dengan universiti-universiti dalam atau luar seperti mengadakan dialog teater, bengkel teater atau melalui program pertukaran budaya.

Syam harap ketiga-tiga objektif ini bukan sahaja dapat dicapai malah dapat mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan ahli kelab malah alumni. Disamping itu, syam berharap hubungan kekeluargaan dengan pihak alumni KTR dapat diteruskan dan dipertahankan kerana tanpa kalian KTR tidak dapat berdiri seperti sekarang. Syam juga berharap agar segala pengalaman dan ilmu teater alumni dapat disampaikan kepada ahli-ahli baru KTR melalui program bengkel atau pun produksi yang dijalankan. Kerjasama dari kalian samaada dalam program atau aktiviti amat penting bagi memastikan KTR tetap utuh dan tidak mati. Jika tidak sia-sia perjuangan kalian yang memartabatkan teater sejak dari penubuhan kelab sehingga sekarang. Justeru kehadiran kalian amat dialu-alukan bagi meneruskan agenda teater.

Untuk ahli kelab baru, pelbagai program telah dirancang bagi mendekatkan diri kalian dengan dunia teater. Antara aktiviti yang mungkin di jalankan ialah seperti menonton persembahan teater-teater dari kumpulan-kumpulan teater aktif di Malaysia. Syam juga akan memastikan setiap produksi teater akan melibatkan 45% dari ahli kelab baru dan selebihnya dari ahli kelab senior dan alumni.

Dalam perutusan pertama ini syam ingin memperkenalkan barisan jawatankuasa yang akan memimpin KTR. Mereka yang dipilih bukan sahaja atas cadangan dari jawatankuasa lepas ataupun bung, malah boleh memenuhi kriteria yang saya tetapkan. Antaranya mereka mestilah ahli yang aktif, amanah pada tanggungjawab, mampu memegang apa saja tugas dan tanggungjawab tanpa rasa terbeban, etika kerahsiaan dan sahsiah yang tinggi dan senang berurusan dengan semua pihak. Syam rasa dengan elemen-elemen ini diharap kepimpinan barisan jawatankuasa dilantik diterima oleh semua pihak tanpa syak dan wasangka.

Berikut ialah jawatankuasa dilantik:

YDPHisyam
NYDPFatin nabilah
S/U 1Mimi
S/U 2Hazel
Bendahari 1- ayen
Bendahari 2 wida
Multimedia dan teknikal Ina dan Muiz
Kebajikan,Kerohanian dan Perpaduan- Echa, Gerald, Fifa
Publisiti,promosi, dan dokumentasiAzirin,Alina dan Atikah
Pengurusan latihan dan produksiZuliati dan Nazrin.
Hubungan antarabangsaRaja dan Inggi

P/s: bersama memertabatkan agenda teater.......satu KTR

TERBANG SUDAH SI KASAWARI

Assalamualaikum...

Diam tak diam, agak 'berkurun' lamanya blog KTR ini tidak dikemaskinikan. Diam tak diam juga pelbagai aktiviti telah dijalankan dan bermulanya sudah pemerintahan baru dalam kerajaan Rimba! Kasawari bersama angkatan Rimba lain telah pun menyerahkan takhta kepada pewaris masing-masing secara rasminya pada 03 Oktober 2009 yang lepas.

Tidak banyak Kasawari ingin bicarakan di sini dalam tulisan terakhir Kasawari sebagai editor blog ini sebelum diambil alih oleh YDP baru. Sepanjang hampir 5-6 tahun di dalam Rimba yang 'dibenihkan' oleh Sang Kancil ini, tidak mampu untuk Kasawari mengungkapkan madah-madah (bukan Madah Berhelah) dan perasaan yang sesungguhnya bercampur-baur serta pengalaman yang berjuntai hasil bersama sanggar yang Kasawari amat sayangkan ini.

Bermula dengan detik pertama Kasawari menginjakkan kaki ke dalam dunia Rimba sebagai ahli props 'lelap' dalam Syajar (2004) dan seterusnya bergerak aktif sebagai ahli props Perkahwinan versi pertama KTR; melenturkan diri sebagai randai-randai dalam Korporat dan Teruna In Love; berpengarah produksi dan berproduksi dalam sequel-sequel Perkahwinan (serta menjadi Arjuna di Singapura); stage manager dalam Titik-Titik Hitam; menjerangkungkan diri dalam Ara dan banyak lagi. Begitu banyak ilmu dan pengalaman dikutip dalam Teater Rimba meskipun hingga sekarang Kasawari masih merasakan masih banyak lagi yang perlu ditelaah dan didalami dalam seni teater.

Sejujurnya Kasawari memang buntu untuk meneruskan catitan sejarah cinta teater Kasawari dalam dunia teater, khasnya bersama Kelab Teater Rimba. Siapalah Kasawari untuk 'membukukan' kisah hidup Kasawari bersama KTR. Kasawari hanyalah insan biasa yang tidak terlepas daripada sebarang kekhilafan. Segala pahit dan manis, kontroversi dan konflik, menang dan kalah akan Kasawari pahatkan di dalam hati Kasawari kerana lahir dan hidup bersama KTR adalah antara pengalaman dan hikayat yang paling berharga sepanjang Kasawari bernafas dan berlari di dunia ini. Kasawari percaya bahawa kesetiaan Kasawari bersama Teater Rimba yang tak berbelah-bagi wujud daripada minat yang mendalam terhadap merungkai makna dan 'misteri' serta keindahan teater itu sendiri, bukannya untuk tujuan dan niat yang terpesong.

Apepun, Kasawari ingin mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada Saudara Syam (Mama Badak) kerana dilantik sebagai Ketua Pemerintah Rimba yang seterusnya. Diharapkan Teater Rimba akan terus menyinar dan berkembang sepanjang pemerintahan Badak ni. ;p

Sebelum Kasawari terbang, Kasawari ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Rimba, terutama Bung Kancil kerana membuka mata dan minda Kasawari mengenai apa itu teater dan memberi peluang kepada Kasawari mengutip pengalaman yang indah dan berharga serta memerintah KTR bagi sesi 2008/2009. Kasawari mewakili Majlis Tertinggi dan exco-exco sesi 2008/2009 juga ingin memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kesilapan yang pernah kami lakukan sepanjang pemerintahan kami. Semoga Kelab Teater Rimba akan terus berjaya dan membanggakan! Buena Suerte! Will miss you all!


Wassalam...



Kelebihan zaman pemerintahan Kasawari dan Majlis Tertinggi/Exco bersama Bung Kancil:


1. Bung Kancil akhirnya kahwin. ;)


2. Bung Kancil menyumbangkan suara berduet dengan isteri dalam 'Gubahanku' semasa Majlis Makan Malam KTR 2008. (first time dengar Bung nyanyi sejak KTR ditubuhkan!)


3. Bung Kancil akhirnya lulus ujian memandu dan dapat lesen! hehe...


4. Bung Kancil beli kereta New Saga!


p/s: saja nak usik-usik Bung. :) Sekarang izinkan Kasawari melebarkan sayap dan terbang tinggi ek. Tata-titi-tutu!