09 July, 2008

Peminangan

Perjumpaan pertama KTR telah diadakan pada malam Selasa 8 Julai 2008. Ramai jugak yg datang, dan boleh kata Panggung Seni tu dah mcm berseri balik bila budak2 KTR dah mula wat aktiviti. Mungkin sebab Panggung Seni & KTR tu dan mcm sinonim.
Sebelum meeting tu telah diadakan script reading & casting utk show majlis penutupan FTU. Naskhah yg dipilih is Peminangan oleh Anton Chekhov. Memang so Bung to choose Anton Chekhov, sbb Bung amat berminat dgn naskhah Anton Chekhov, especially because komedi Anton Chekhov ni is physical comedy, yg perlu banyak pergerakan yg berlebih2an.
Peminangan, atau The Marriage Proposal, mempunyai "rasa" dan senario kekalutan yg lebih kurang sama dgn Orang Kasar. Jadi pada yg pernah menonton Orang Kasar, akan dpt bayangkan lebih kurang mcmana keadaannya naskah yg ini. Pelakonnya juga 3 orang. Dialognya juga panjang, dan kdg2 berulang2. So, actors have to prepare themselves well for the performance in terms of memory and stamina. Permainan ruang juga perlu diplotkan sebaik mungkin oleh pengarah, kalau tak, akan jadi sedikit hambar.
Walau ape pun, Sumpit rasa pelakon2 yg bakal dipilih akan dapat berikan yg terbaik. I think adalah satu kepuasan bagi seorang pelakon jika dlm jangka hayat penglibatannya dlam lakonan dpt melakonkan naskhah Anton Chekhov, walaupun sekali. So pada yg terpilih nanti, take this as a positive challenge for you guys, to improve your acting skills and your knowledge as actors. Trust me, it's worth it.
So, good luck and enjoy yourselves!!

07 July, 2008

SEMESTER BARU, 'RIMBA' YANG BARU

Salamz kepada semua KTRians dan juga penggemar blog internet...

Pertama kali Kasawari ingin memohon maaf atas 'ketidakaktifan' Kasawari dalam penulisan blog sepanjang cuti semester yang lepas. Pada permulaan kehidupan pengajian kita menjelang semester baru ini, Kasawari dengan sukacitanya mengucapkan selamat kembali dan tahniah sekali lagi kepada semua mahasiswa, terutamanya warga Rimba kerana berjaya untuk meneruskan pengajian yang berikutnya.

Melihat headline di atas, jangan salah sangka dan melatah dengan ayat 'Rimba Yang Baru'. Bukanlah maksud Kasawari bahawa KTR akan dirombak, ditukar atau diubah kepada 'Rimba' yang lain atau baru secara lahiriahnya. Tetapi, Kasawari mengharapkan daripada semua pihak Rimba untuk menyuntik semangat baru serta usahasama selain hubungan yang lebik baik dan erat sesama warga Rimba bagi mempertingkatkan lagi produk-produk yang bakal dihasilkan oleh KTR serta memperbaiki segala kesilapan lampau. Semoga warga KTR boleh 'berhenti' memandang ke belakang yang penuh dengan 'Titik-Titik Hitam' dan terus memandang ke hadapan dan penuh optimistik dan berlaku matang.

Kasawari juga tidak ketinggalan untuk mengucapkan SELAMAT DATANG dan TAHNIAH kepada adik-adik junior baru yang berjaya membolosi diri sebagai antara mahasiswa yang bertuah menjejakkan kaki ke universiti, UKM khasnya serta seterusnya ke KELAB TEATER RIMBA... :) Begitu juga sekalung ucapan TAHNIAH diucapkan kepada 'Facy' (betul ke spelling ni???) untuk bahagaian teater kerana berjaya menjalankan tanggungjawab anda. Semoga sebilangan besar mahasiswa junior boleh kita 'tarik' masuk menyertai KTR bagi meneruskan 'keturunan' Rimba yang selanjutnya.

Dalam kesempatan ini juga Kasawari ingin memberikan sedikit pengumuman bahawa perjumpaan ahli-ahli KTR kali pertama bagi sesi 2008/2009 akan diadakan pada 8 Julai 2008, iaitu hari Selasa pada jam 8.30 p.m. di Panggung Seni. Diharapkan semua ahli dapat menghadirkan diri bersama-sama junior nanti. Pelbagai aktiviti KTR akan dibincangkan kelak.

Teuku Kasawari

28 June, 2008

Lama dan baru

First of all, sumpit nak mintak sorry byk2 sbb dah lama tak blog. A new environment requires adapting and settling in. Jadi, x byk free time. Anyway, i will try to be more frequent Mr Moderator!
Sumpit rase ramai gak ahli2 KTR yg mengalami pelbagai perubahan dalam hidup, samada dari segi study or work (bg yg dah bekerja). Rata2 semua harus cuba menerima keadaan baru yg dtg itu dan menyesuaikan diri sebaik mungkin. Because human beings have the most amazing ability to adapt to whatever. What i'm trying to say is that we have to try our best to accept and adapt to the new things happening around us, and to move on the best way we can. Dan jugak, x lame lagi UKM akan menerima kedatangan warga2 baru yg akan memeriahkan lagi suasana kampus UKM ni. So, harap2 akan ramailah muka2 baru ni yg akan berminat nak join KTR & menambahkan lagi bilangan umat KTR yg sedia ada. Jadi yg haram or yg halal tu, jalankanlah tugas anda dengan sebaik mungkin.
Jadi kat sini, sumpit nak relate sikit benda ni to KTR. Dalam KTR sendiri byk perubahan yg berlaku. Yg junior dah jadi senior, yg senior lak dah jadi alumni, dan dah ada haluan hidup masing2. Ada alumni yg still stick around sbb mgkn label KTR tu dah melekat kat dahi dan still rase nak contribute apa yg boleh (spt empunya badan yg tengah menaip blog ni, hua3). Apa yg sumpit nak cakap kat sini is that yg lama (alumni dsbnye) sudah jadi sebahagian drp sejarah KTR. Segala sumbangan dorg akan sentiasa terpahat dlm memori KTR. Tapi, at the same time, yg baru, yakni ahli2 yg ada sekarang, harus diberi peluang utk meletakkan diri mereka juga dalam lipatan sejarah KTR. They should be given the chance to enhance their talents, be creative and cipta satu sejarah KTR utk mereka sendiri. Mereka tak sepatutnye hidup dlm bayang2 ahli2 yg terdahulu. They should be given the chance to be KTR, not just be in KTR. Biarlah apa saja bentuknya, asalkan itu bentuk mereka dan bukan bentuk orang lain. Kalau ini tidak dibenarkan berlaku, noktah bagi KTR akan muncul lebih awal dr yg dijangka. Changing doesn't mean forgetting, we're just maintaining our existence.
So, let's do something about this.