23 December, 2010

Diari Usang2 (Titipan Anak Tuhan) ep2


Salam kepada semua warga teater sekalian. Alhamdulillah, hari ini perjumpaan ke-2 berjaya dilaksanakan. Terima kasih kepada yang hadir ^_^ . Pada petang tadi (6.00pm) di Galeri Seni, perjumpaan bersama barisan Majlis Tertinggi Kelab Teater Rimba bersama wakil dari UiTM yang membantu kita dalam pengurusan pementasan ini. Tugasan telah diberikan kepada mereka.

Perjumpaan seterusnya bersambung di sebelah malam pada jam 9.00pm di DECTAR bersama ahli produksi yang lain. Kedatangan kanak-kanak pada malam ini juga memeriahkan lagi suasana kami di DECTAR. Mereka disokong kuat daripada keluarga mereka untuk menghadiri ujibakat untuk pelakon kanak-kanak. Mereka dipantau oleh orang yang berpengalaman dan dibantu bersama rakan teater yang lain. Tahniah saya ucapkan kepada mereka yang membantu. Bayangkanlah daripada budak itu malu-malu, terus boleh berlakon! Keputusan untuk pemilihan kanak-kanak tersebut akan diumumkan kelak ^_^ .

Untuk post2 produksi yang masih kosong dalam masa ini adalah


(1) Setting (tiada ahli)
(2) Lighting - bersama abg Jai (memerlukan lg 2 lelaki n 1 perempuan)
(3) SM Lakon
(4) PR (public relation)

Untuk minggu ini, kami adakan ujibakat untuk pelakon kanak-kanak iaitu:

(1) Ari
(2) Rakan Ain(kecil)- memerlukan 3 orang

Untuk minggu hadapan, kami akan adakan ujibakat untuk pelakon dewasa iaitu:

(1) Hisyam
(2) Ibu
(3) Mak
(4) Mail
(5) Abg Bad
(6) Sonia
(7) Abg Riz

Butir-butir adalah seperti berikut:

Tarikh : 28-29 Disember 2010 (Selasa & Rabu)
Masa : 8.00pm- 11.00pm
Tempat : Galeri Seni, UKM
Segala pertanyaan, silalah hubungi ira (013-2182806)

Sampai disini sahaja dahulu untuk ketika ini. Perjumpaan seterusnya akan diberitahu kelak. Terima kasih atas kerjasama semua pihak (^_^)...sekian

~ira
~0220am (23 disember 2010)

2 comments:

Aisyah Latib said...

saye nk casting watak mak!!!..tp tak nak belakon..huhu saje jer nk tgk ade lagi tak bakat belakon i tu..ke mmg da ilang terus sbb da lame tak belakon lah.. :(

Dr. Ira said...

xpa...datang je..hehehehehe