20 December, 2010

Diari Usang2 ep1


Salam kepada warga teater sekalian. Alhamdulillah, setelah perancangan demi perancangan, akhirnya decide sudah tarikh untuk program besar kita iaitu Pementasan Khas Titipan Anak Tuhan (Usang) yang akan berlangsung di Taman Budaya, KL pada 11 Februari hingga 13 Februari 2011. Untuk kerja awal, kita telah mengadakan perjumpaan pertama semalam (19 Dis 2010) di Galeri Seni. Pembahagian post sudah diberikan namun masih ada juga kekosongan yang perlu diisi segera. Antaranya:

(1) Setting-(tiada ahli)
(2) Props-(memerlukan lg 2 orang)
(3) Lighting - bersama abg Jai (memerlukan lg 2 lelaki n 1 perempuan)
(4) SM teknikal, SM lakon
(5) Pemuzik -(dalam perbincangan dengan AB)
Untuk perjumpaan yang Ke-2, kita akan menjemput wakil UiTM untuk bersama-sama dalam perjumpaan ke-2 kita iaitu pada:


Tarikh : 22 Disember 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 pm
Tempat : Galeri Seni, UKM

Kepada sesiapa juga berminat untuk menjadi pelakon, kita akan membuka ujibakat kepada semua warga UKM dan juga dari pihak luar. Tarikhnya akan diberitahu kelak. Antara watak yang ingin di ujibakat ialah

(1) Ari ( kanak-kanak)
(2) Ibu
(3) Mak
(4) Mail (ayah Ari)
(5) Abg Bad
(6) Abg Riz
(7) Sonia
(8) Hisyam

Sampai disini sahaja dahulu dari saya. Jika ada apa-apa, silalah berhubung terus dengan saya.
~Ira
~20 Disember 2010

No comments: