09 December, 2010

Selamat Kembali Semua...!

Salam pada ahli teater sekalian. rasanya terlalu lama ira xupdate di blog ini. maklum sajalah, kita sekarang sedang dalam cuti kan...harap semua masih sihat. oh ya,disini ira nak beritahu suatu pengumuman. insyaAllah, pada bulan Februari tahun hadapan, KTR akan membuat persembahan teater di MATIC, KL berhampiran dgn Saloma Bistro. tarikh di dalam kalender Pusat Kebudayaan UKM adalah pada bulan 2, tp ,mungkin ada perubahan disebabkan pada tahun ini,UKM akan mengadakan FTU, festival pekan teater ukm pada 22-26 februari 2010. FTU ini adalah dbwh pusat kebudayaan dan ahli KTR sendiri akan menjadi ahli jawatankuasa. Meeting akan di adakan dan akan diberitahu kelak. Jadi, kepada semua, sila sebar2kan pada kolej anda dan surat akan dikeluarkan setelah sem baru dibuka.

Dan pada bulan 3, seperti tahun lalu, Pusat Kebudayaan UKM akan mengadakan INTER COLLEGE. Jgn keliru INTER COLLEGE dengan FTU ye? FTU adalah berbahasa melayu dan pertandingan yang diadakan adalah sebuah pementasan teater diantara 60 minit hingga 90 minit. Manakala, INTER COLLEGE adalah dalam bahasa Inggeris dan pertandingan merangkumi teater inggeris tarian dan sebagainya. Jd, marilah bersama2 menyertai pertandingan di bwh pusat kebudayaan UKM ini.

Untuk pementasan Usang pada bulan 2 tahun hadapan (2011), kepada sesiapa yang masih mahu menjadi ahli produksi mahupun pelakon, silalah hadir pada perjumpaan yang pertama pada

TARIKH : 16 dISEMBER 2010 (khamis)
TEMPAT : GALERI SENI, UKM
MASA : 2.00 PM ( akan diberitahu jika ada pertukaran masa )


Agenda meeting ini berfokus kepada pengenalan dan penentuan tarikh ujibakat di setiap kolej kediaman di UKM. Diharap kepada semua ahli KTR mahupun alumni, jika anda punyai kelapangan pada tarikh tersebut, diharap dpt menghadirkan diri. Jika ada apa-apa kemusykilan, silalah hubungi saya (ira). sampai disini sahaja dan saya mengucapkan semoga berjaya dan selamat kembali ke kampus!

~ira
9 Dis 2010
1155 am

1 comment:

Hailey Francis Thomas Goitom said...

demam FTU n intercollege dh brmula....wahhhhh!!! rindu time ak join bnde2 tu smua dlu....smua under KTR....KTR! all the best ye~! rindu korg smue!