Sudah dua hari (dari tarikh artikel ditulis) berlangsungnya Festival Teater Selangor 2009 di Auditorium Daeng Chelak Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam sekali gus menyamai bilangan hari yang selesai sudah persembahan Kelab Teater Rimba dalam mementaskan Superptui! & Transit Kaler Magenta. Seperti biasa, pelbagai dugaan dan halangan kami tempuhi sepanjang proses untuk berteater menerusi naskhah ini. Namun, segalanya dapat diatasi dengan kerjasama dan semangat daripada setiap anak-anak Rimba.
Selesai sudah pementasan kami, pelbagai reaksi dan pendapat sama ada positif mahupun negatif kami peroleh, tetapi semua itu kami terima dengan hati terbuka kerana kami mengakui bahawa kami semua masih belajar dalam mengenal erti teater sejati. Kami ambil semua ini sebagai satu proses pembelajaran, pengalaman dan cabaran. Kalah atau menang kami tolak ke tepi dahulu kerana semuanya bergantung kepada kemampuan dan rezeki masing-masing. Jika ada rezeki, kami amat bersyukur kerana rata-rata pemain dan produksi kali ini terdiri daripada pelapis-pelapis KTR yang baru. Jika tiada rezeki, kami akan terima seadanya kerana dari situ kami boleh memperbaiki segala kelemahan untuk pertandingan yang akan datang. There's always a 'NEXT' in everything!
Tidak banyak yang Kasawari ingin ulaskan tentang pementasan KTR tempoh hari. Anda semua boleh komen di sini. You are feel free to do so. Kami mengalu-alukan komen dan kritikan yang membina. Di sini juga Kasawari ingin menyenaraikan kumpulan-kumpulan dan naskhah-naskhah yang bertanding sepanjang festival tahun ini.
23 Jun 2009: Kelab Teater Rimba, UKM--Superptui! & Transit Kaler Magenta
24 Jun 2009: HIDAYAH--Pegawai Khalwat
25 Jun 2009: ASWA--Cemar
26 Jun 2009: Suara Alam--Kalut
27 Jun 2009: RESAM--Syurga atau Neraka
Jadi, datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan festival tahun ini.
9 comments:
Salam,
saya ada hadir pada malam persembahan KTR di muzium shah alam, ersembahan yg agak menarik, cuma bagi saya teknikal terlalu kurang, jadi efeknya pun kurang, buklankah ktr selalunya hebat dengan teknikal, tp kalau dah itu pemilihan skrip bersama akar umbi terpulanglah,dan satu lagi persoalan, kenapa macam pelakon utamanya macam tersasul dan banyak termiss dialog jer...betulke saya dengar pelakon utama tu baru diganti?!
penonton teater yang datang!
ini komen ikhlas ak...
yg asenya plg lma knal dnia superptuih nie dr ktrian laen... hehehe
kalo nk compare, mmg bnyk improvement...
ak suka improvement yg ada, cm skrin, tren, kostum...
even prascene dan ending...
dr segi adaptasi naskhah dan teknikal, ak ase pejal dan ed lg bgus dr ak...
dr segi lakonan, korg tafsir2 r sdri, bg ak 50-50...
sbln lthn bg ak, agk okey laa...
cm abg redz ckp, ini hasil dr pelapis, kalo dbri pluang lg, mgkn lbh baek..
ak cdgkn spya naskhah ni dbwa ke makum lak, dprbetulkan lg apa yg xbetul...
tp itu cuma cdgn...
ini komen ak jer, bkn nk kondem pepe...
hmm...
cam mana pun kita ttp puas dgn apa yg kita wat..even abg naz , n ka ayeen yg dtg tlg last2 pun diorg msti rasa kepuasan 2...dun wory abg pejal...abg pejal hebat sbnrnya..
mcm mana pon aku puas ati dgn pejal...
aku akan tetap sokong ang pejal...
dun worry...
thanx kpd semua yg komen termasuk saudara/i anonymous. kami akan terima komen anda utk diperbaiki lagi pada masa akan dtg. pelapis2 kami memerlukan kerja keras lg bg memastikan hasil yang baik lagi. terima kasih kerana datang menonton jugak ek. :)
apa yang ditonton pada hari pementasan itulah hasil penat lelah kami yang menjayakan pementasan ini. apa yang terjadi di atas pentas adalah tafsiran saya dan juga seluruh tenaga produksi superptui! dan transit kaler magenta. di atas pentas juga mendedahkan segala-galanya. tafsirkan sendiri. renungkan sendiri
terima kasih kepada rakan-rakan sekalian. kalian banyak membantu, mengajar, memberi inspirasi, menaikkan semangat, memberi idea, membuat semangat aku membara, membuat air mate aku mengalir gembira dan sebak. kalian adalah yang terbaik. terima kasih banyak2
biar apa org kate. kite masih belajar dan mahu belajar. bkn tidak mahu belajar dan bukan juga kurang ajar. kami ini masih mentah. yang mentah ini sangat meminta2 ilmu daripada yang mahir. tp kalau yang mentah ini tidak diajar oleh yang mahir dan dipandang enteng oleh yang lain, dikutuk oleh yang lain, dikatakan yang macam2 oleh yang lain, salah siapa? apa patut kami lakukan?
mungkin hanya org yang berada diseliling kami tau apa yang berlaku, mungkin dekat dan jauh itu berbeza pandangannya. namun bagi saya klau kite xtau btol2 suaut perkara kite xberhak tuk kate ape2. sebab kite perlu adil kepada semua orang dan juga diri sendiri.
apa-apa pun inilah kami. kami yang puas walaupun serba kekurangan dan cacat. kami yang meminta2 tuk dipimpin, diasuh, dicorakkan, disuluh, dibimbing. inilah kami. penyambung legasi KTR.
abg pejal...wida salute u lah..
i love u..
muah!
FESTIVAL TEATER KL 2009:
http://img8.imageshack.us/img8/2344/festivalteaterkl2009.jpg
thanx for ur info... :)
Post a Comment