05 February, 2009

SKETSA LAGI???

Hola lectores...

FYI, KELAB TEATER RIMBA telah diundang untuk mengadakan persembahan sketsa pada bulan ini sempena karnival fakulti. Karnival ini dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan UKM (PERMATRA). Nampaknya, rezeki KTR dalam 'dunia' sketsa semakin mencurah-curah. Haha.. Poyo jer... Boleh kita anggap sebagai satu 'warm up' untuk KTRians beraksi pada 2009.

Program: Pembukaan dan Perasmian Karnival Teknologi Kejuruteraan
Tarikh: 10 Februari 2009
Masa: 8:30 p.m.++
Tempat: DECTAR, UKM
Acara: Persembahan sketsa "Ragam Pelajar Kejuruteraan" (akademiknyerr...)

p/s: skrip yang sarat dengan fakta hal-hal engineering ini ditulis oleh Syam Badak. BTW, jangan disangka KTR hanya membuat sketsa sahaja kerana pada bulan depan (Mac) KTR akan muncul dalam satu projek besar (insya-Allah) dan pelbagai projek teater (bukan sketsa!) yang KTR sendiri pening nak handle mana satu dulu... huhu...

1 comment:

Anonymous said...

TAHNIAH kepada KTRians yang telah menjayakan sketsa ini malam tadi...