02 January, 2009

Kenapa Perlu Ganggu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Topik ini sebenarnya bukanlah topik sangat. Sekadar peringatan dan permohonan terhadap sesuatu yang telah berlaku baru-baru ini. Untuk pengetahuan ahli-ahli KTR dan para insan yang mengikuti perkembangannya, laman web Friendster KTR telah diceroboh baru-baru ini oleh insan yang tidak dikenali. Anonymous mana pulak yang dapat ceroboh ni tak tau la. Tak kisah lah kalau ia diceroboh tapi janganlah buat akaun friendster tu jadi hak peribadi. Sampai tukar passwordnya, sampai orang yang dipertanggung jawab untuk jaga akaun itu pun dah tak boleh nak update benda-benda baru. Tak adillah macam ni. Tahniah kerana menjumpai password yang diguna pakai selama ini dan tahniah kerana menukarkan passwordnya. Nasib baik blog KTR ni aku yang pegang, kalau tak sekali dengan blog ni pun rasanya dia nak ambik alih. Tambahan lagi, bukan setakat akaun friendster, malahan akaun Yahoo! emel KTR pun sekali kau ubah password. Melampau lah kalau macam tu.

Aku tahu insan yang buat benda tu akan baca blog ni sebab dia pandai IT. Maka aku dengan sukacitanya mengumumkan bahawa anda dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab untuk update segala aktiviti dalam KTR melalui friendster. Tunaikanlah tanggungjawab itu sebaiknya. Kalau tak mampu,tukarlah balik passwordnya kepada yang asal supaya mereka yang memang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala amanah ini dapat tunai amanah itu dengan jayanya. Semenjak dari tarikh ia diubah password, tak ada pun update-update yang boleh dilihat. sekadar shout out sahaja yang ditukar.

akaun email KTR dan friendster KTR dibina atas dasar untuk memperluaskan jaringan hubungan dan kemas kini aktiviti terkini. Kenapa perlu nak campur tangan. Kalau rajin dan kreatif untuk pegang kedua-dua akaun tu, mintalah pada akar umbi KTR. Adakah dengan penaklukan friendster ini untuk menunjukkan siapa hebat? Kalau begitu tak apa lah, kemenangan berpihak kepada anda kerana akhirnya aku post blog ini seolah-olah merayu untuk kembalikan akaun tersebut kepada yang berhak.

3 comments:

Anonymous said...

tu la... susah nak update psl KTR lagi da... s**l punyer hacker tu... baik kepandaian IT tu buat utk lawan Bill Gates ke, bukan nak jadi org bodoh!

E K S said...

ape benda lak ni??????pd yg bertanggungjawab 2,lu pk la sendiri!!

ILynn Virgobiru said...

haikal..apa kate korg update blog ni je
aku wlaupun dh lame menyepi...suke jugak tgk perkembangan2 terbaru
harap2 korang semua sihat walafiat
=)