17 January, 2009

MINGGU SN DATO' NOORDIN HASSAN

Salam semua KTRianz dan penggemar teater tanah air....

Di sini, Kasawari ada pengumuman yang ingin dilakukan. Kelab Teater Rimba telah diundang untuk hadir ke beberapa program yang dianjurkan oleh ASWARA. Antaranya ialah:

Program: SEMINAR PEMIKIRAN SN (Sasterawan Negara) DATO' NOORDIN HASSAN
Tarikh: 19 Januari 2009 (Isnin)
Masa: 9:00am-5:00pm
Tempat: Dewan Orkestra ASWARA
Peserta: Penulis, peminat drama/teater, peneliti, pelajar, pensyarah dan khalayak umum. (terhad 200 orang sahaja)
Yuran: PERCUMA

Seterusnya, jemputan untuk menonton teater karya Dato' Noordin Hassan. Butir-butir:-

Tajuk: "Saya...Dari Hujung Kota"
Tarikh: 18-20 Januari 2009 (KTR pergi pada 20hb)
Masa: 8:30pm
Tempat: Panggung Eksperimen ASWARA

Bagi KTRianz dan pelajar ko-k teater yang berminat nak pergi, sila berkumpul di dataran Panggung Seni, UKM pada pukul 5:30pm pada 20 Januari 2009 kerana bas akan bertolak pada pukul 6pm.

Jom timba pengalaman...!

1 comment:

Anonymous said...

best la gakz... tp, tak brp nak faham...