05 August, 2009

MASA UNTUK BERINTERAKSI

Wah... sudah lebih sebulan lebih blog Teater Rimba ni tidak diupdatekan selepas tamatnya Festival Teater Selangor 2009. Maklumlah KTRians tengah bercuti walaupun sekejap time tu. Pejam celik, pejam celik dah masuk semester baru dah pembalajaran di UKM. Macam biasa, awal-awal semester ni haruslah diadakan aktiviti interaksi teater bersama junior-junior yang join teater kali ini bagi merapatkan lagi hubungan antara senior-junior di samping menguatkan lagi ilmu teater dalam diri masing-masing.

Info:

Agenda: Interaksi Teater 2009
Tema: "Teater Rimba Pencetus Kejayaan"
Tarikh: 08-09 Ogos 2009
Tempat: Port Dickson (di sebuah banglo/pantai)
Perasmi: Dato' Wan Hashim Wan Teh

Interaksi di bawah tugasan Ayeen Penguin dan rakan-rakan AJK ini akan megadakan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan sketsa kreatif, sukaneka (galah panjang, daya impuls, etc.), mandi-manda, penghayatan teater, BBQ dan sebagainya.

Jadi, kepada KTRians marilah kita sama-sama join aktiviti yang pastinya enjoy dan bermanfaat ini.

p/s: thanx to Widda for the info... ;)

29 June, 2009

KTR & PTUIH! TEMPAT KE-5


Hola semua...

Minggu ini merupakan minggu yang sangat penat dan packed dengan persembahan teater dalam Festival Teater Selangor 2009. Sepanjang minggu ini, kesemua finalis telah mempersembahkan naskhah masing-masing di Auditorium Daeng Chelak di muzium Shah Alam. Senarai kumpulan dan skrip Kasawari sudah postkan di artikel sebelum ini.

Berbalik kepada malam semalam (28/06/09) merupakan malam finale/penutup festival. Majlis penutupan yang serba ringkas bermula jam 9.00 malam hingga 10:00 (sejam jer). Baiklah, Kasawari akan ringkaskan terus senarai pemenang dari ranking 5-1.

Kedudukan:

5- Superptui! & Transit Kaler Magenta (Teater Rimba)

4- Cemar (ASWA)

3- Syurga atau Neraka (RESAM)

2- Pegawai Khalwat (HIDAYAH)

JUARA- Kalut (Suara Alam)

Disimpulkan bahawa Teater Rimba tidak ada rezeki untuk mengekalkan kegemilangan seperti KTR yang dahulu. Tapi, ini sesekali tidak akan mematahkan semangat anak-anak Rimba untuk terus berjuang bagi 'memanusiakan manusia' dalam teater. Hal ini adalah seperti yang dimaklumkan oleh Kasawari dalam post yang lepas, iaitu rata-rata yang join kali ini terdiri daripada junior-junior. Ini adalah proses pembelajaran dan pengalaman serta pendedahan yang baik buat mereka semua.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam produksi ini yang telah berpenat-lelah since the very beginning. Segala pahit manis kite telah lalui bersama dan kita atasi demi mementaskan naskhah ini. Kasawari juga ingin meminta ampun dan maaf sekiranya ada menyakitkan hati dan buat silap kepada every single of you. At least post-moterm tadi telah menyelesaikan segala yang kusut dan menyedari di mana silap kita dan akan kita baiki di masa-masa akan datang dengan hasil titik peluh sendiri. Tahniah sekali lagi atas keja keras kita selama ini walau pun kita bukan JOHAN, tetapi sekurang-kurangnya kesemua JUNIOR kali ini mampu melangkah ke final dan berada di kedudukan Top 5! Tahniah sekali lagi. Kita tidak perlu pergi lari menyembunyikan diri dek malu kerana kita tahu apa yang kita buat dan sedia maklum usaha serta kemampuan kita selama ini. Berada di tempat ke-5 bukanlah satu 'jenayah', tapi satu titik permulaan yang baru bagi freshie-freshie KTR.

Yang peliknya festival tahun ini tiada anugerah sampingan seperti sebelum-sebelum ini (Pengarah, Artisitik, Pelakon Terbaik dan sebagainya). Terus-menerus je ke anugerah kumpulan terbaik mengikut kedudukan. Hanya pihak pengurusan je tahu sebabnya.

Apepun kepada KTR, masih jauh lagi perjalanan kita untuk pementasan-pementasan yang akan datang sama ada berbentuk pertandingan, undangan, sekitar UKM dan sebagainya. Teruslah bekerja keras untuk memajukan teater dengan minat dan niat yang tulus ikhlas! Percayalah, Kasawari dan anak-anak Rimba sendiri sahaja yang tahu bahawa Kelab Teater Rimba TIDAK pernah berkubur!

Selamat meneruskan perjuangan wahai warga Rimba!


p/s: sayangnyer Alumni-Alumni balik awal masa post-moterm tadi... By the way, sekalung TAHNIAH kepada Suara Alam kerana menjadi Johan untuk festival tahun ini. Selamat berjaya untuk Festival Teater Malaysia nanti...

25 June, 2009

PTUIH! SUDAH BERTOLAK

Hari pementasan Superptui! & Transit Kaler Magenta di Shah Alam

Sudah dua hari (dari tarikh artikel ditulis) berlangsungnya Festival Teater Selangor 2009 di Auditorium Daeng Chelak Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam sekali gus menyamai bilangan hari yang selesai sudah persembahan Kelab Teater Rimba dalam mementaskan Superptui! & Transit Kaler Magenta. Seperti biasa, pelbagai dugaan dan halangan kami tempuhi sepanjang proses untuk berteater menerusi naskhah ini. Namun, segalanya dapat diatasi dengan kerjasama dan semangat daripada setiap anak-anak Rimba.

Selesai sudah pementasan kami, pelbagai reaksi dan pendapat sama ada positif mahupun negatif kami peroleh, tetapi semua itu kami terima dengan hati terbuka kerana kami mengakui bahawa kami semua masih belajar dalam mengenal erti teater sejati. Kami ambil semua ini sebagai satu proses pembelajaran, pengalaman dan cabaran. Kalah atau menang kami tolak ke tepi dahulu kerana semuanya bergantung kepada kemampuan dan rezeki masing-masing. Jika ada rezeki, kami amat bersyukur kerana rata-rata pemain dan produksi kali ini terdiri daripada pelapis-pelapis KTR yang baru. Jika tiada rezeki, kami akan terima seadanya kerana dari situ kami boleh memperbaiki segala kelemahan untuk pertandingan yang akan datang. There's always a 'NEXT' in everything!

Tidak banyak yang Kasawari ingin ulaskan tentang pementasan KTR tempoh hari. Anda semua boleh komen di sini. You are feel free to do so. Kami mengalu-alukan komen dan kritikan yang membina. Di sini juga Kasawari ingin menyenaraikan kumpulan-kumpulan dan naskhah-naskhah yang bertanding sepanjang festival tahun ini.


23 Jun 2009: Kelab Teater Rimba, UKM--Superptui! & Transit Kaler Magenta


24 Jun 2009: HIDAYAH--Pegawai Khalwat


25 Jun 2009: ASWA--Cemar


26 Jun 2009: Suara Alam--Kalut


27 Jun 2009: RESAM--Syurga atau Neraka
Jadi, datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan festival tahun ini.