10 January, 2010

Casting Pelakon Dan Produksi Teater Usang

Assalamualaikum dan salam sejahtera KTRians dan Warga Teater UKM.

Sukacita syam ingin maklumkan kepada semua bahawa MT KTR telah sebulat suara bersetuju untuk mementaskan karya Usang naskah En . Muhamad Diani Kasian atau Bung Kancil. Skrip ini mengisahkan tentang kehidupan seorang budak yang mengalami trauma hasil daripada kehidupan keluarga berpoligami.Cerita adalah hampir sama dengan Terra Rossa yang pernah dipentaskan oleh Kolej Tun Husein Onn pada Festival Teater UKM 2008. Cuma kelainan dari segi plot dan jalan cerita. Justeru itu, syam mengalu-alukan kehadiran semua ahli KTRians dan penggiat seni teater yang berminat dalam lakonan dan berkerja dalam produksi teater. Mereka yang berpengalaman dalam bidang tersebut amat dialu-alukan.

Perjumpaan pertama akan diadakan adalah seperti berikut:

Hari: Isnin
Tarikh: 11/01/2010
Jam : 830 Malam
Tempat : Panggung Seni

Pada peerjumpaan tersebut akan diadakan pemilihan pelakon, pembentukan produksi dan pembacaan skrip (Kalau sempat).Untuk pemilihan pelakon watak kanak-kanak adalah pemilihan yang utama. Kita jumpa disana.....

3 comments:

shandye. said...

org yg (sort of) bukan ktr mcm aku leh datang tak?

Sy@m Mesr@ said...

datang je saya bkan jmput KTR je malah warga teater kampus

Ajiz Lopez said...

best nye.. nak casting watak kanak2 boleh? huhu...