25 April, 2009

Casting Dhemit (DIBATALKAN!)

Assalamualaikum wbt

Sesi casting bagi mencari pemain watak-watak untuk teater bertajuk 'Dhemit' akan diadakan sempena saringan festival teater selangor yang bakal dilangsungkan tak lama lagi. Keutamaan diberikan kepada semua ahli/alumni Kelab Teater Rimba dan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menghadiri uji bakat lakonan yang akan diuruskan oleh saya sendiri bagi mengisi kekosongan beberapa watak di dalam naskhah tersebut. Kepada masyarakat luar UKM yang ingin mencuba bakat, anda turut digalakkan menghadiri sesi ujibakat ini. Berikut adalah maklumat bagi sesi ujibakat tersebut:

Sesi I
Tarikh : 2 & 3 Mei
Masa : 10 - 12 tghr dan 3-6 ptg
Tempat : Studio latihan KTR, Panggung Seni, UKM

Sesi II
Tarikh : 9 & 10 Mei
Masa : 10 - 12 tghr dan 3-6 ptg
Tempat : Studio latihan KTR, Panggung Seni, UKM


Anda boleh memilih sesi dan masa yang ingin anda hadiri. Skrip akan diberi pada hari ujibakat. Anda diberi taklimat dan tempoh untuk membuat persediaan berdasarkan skrip yang diberi. Sila hubungi nombor berikut untuk mengesahkan kehadiran anda pada sesi ujibakat yang dipilih:

Pengarah Produksi:
Faizal Fadzil - 012 2454056

Kehadiran anda amat dialu-alukan. Tiada campur tangan asing dalam memilih mereka yang berbakat dan sesuai dengan watak. Semuanya akan ditentukan oleh saya dan beberapa lagi pemerhati yang terpilih. Selamat mencuba. Anda boleh melayari laman galeri KTR yang mengandungi gambar-gambar daripada persembahan dahulu dengan naskhah yang sama bagi mendapat gambaran awal bagaimanakah ciri-ciri pelakon yang dicari. Namun begitu, ia bukanlah 100% sama dengan apa yang pernah dibuat dahulu.

SINOPSIS

kisah persengketaan antara dua dunia; manusia dan masyarakat hantu. Masyarakat hantu yang telah lama mendiami sebuah kawasan bukit terpaksa menerima kehadiran manusia-manusia pembangun projek yang ingin memajukan kawasan tersebut. Konflik yang terjadi telah menyebabkan beberapa insiden yang tak diingini berlaku yang akhirnya bakal merugikan kedua-kedua belah pihak.

p/s: sinopsis macam cerita serius je.... blah la.....

KTR @ SECRETARY WEEK

Aloopz pembaca semua...

FYI, Kelab Teater Rimba telah dijemput untuk mengadakan persembahan mini berbentuk sketsa (lagi!) sempena Minggu Setiausaha IPTA/IPTS 2009 pada 25 April ni. Tak sangka pulak dalam minggu exam begini ada jugak tawaran/rezeki yang diberikan kepada KTR untuk mengadakan persembahan (at least). Disebabkan show undangan ini diadakan pada hari Sabtu, so why not kiteorang accept je sebagai perelease tension dan mengisi masa KTRians di hujung minggu selain memerah otak untuk revision.

Wah, dah ala-ala artis pulak kan mengadakan persembahan sempena minggu setiausaha ni? hehe... Kasawari kagum seketika. Dah boleh berdiri sekaki dengan Kak Nita dan Mak Iti. Ops, berlagak sudey! By the way, KTR bukan perform bersendirian kerana show ini nanti adalah bersama-sama kelab kesenian lain di UKM, iaitu Aadyamatra (tarian). Kami akan bersama-sama mewakili Pusat Kebudayaan UKM, khasnya dan UKM sendiri, amnya di majlis itu nanti. Seperti biasa KTR akan melakonkan sketsa yang bersangkut-paut dengan kerja dan setiausaha! (ops, setiausaha dengan bos???) Tunggu...!


Agenda: Minggu Setiausaha Peringkat IPTA/IPTS 2009
Tarikh: 25 April 2009
Masa: dijadualkan petang
Tempat: Hotel Grand Season, Kuala Lumpur

p/s: tak ada ke nak buat Minggu YDP kelab-kelab di UKM??? erk!

"Selamat menyambut Minggu Setiausaha kepada semua setiausaha yang selama ini setia berusaha dengan bos masing-masing..." :)

15 April, 2009

INGIN MERASAI PENGALAMAN BERKELUARGA ANGKAT?

Hola semua...

Dengan membaca tajuk di atas, semestinya ada di antara anda boleh meneka apakah gerangan berita yang bakal Kasawari sampaikan. Yang pasti bukan berita di Iraq atau sebagainya. Bukan juga rancangan realiti tv mencari keluarga angkat ala-ala rancangan mencari menantu kat salah sebuah program tv dulu jugak ye.

Bagi kebanyakan pelajar kesenian di UKM, jika disebut mengenai 'keluarga angkat' sudah semestinya istilah ini disinonimkan dengan program khidmat seni masyarakat atau OPKIM yang biasanya dianjurkan pada penghujung semester dua setiap tahun. Program ini seringkali dianjurkan betul-betul selepas Bengkel Seni Teater di UKM yang melibatkan para pelajar tahun 1 (senior join jugak!). Maknanya, cuti semester yang panjang nanti akan diisi dengan berfaedah dan best nyer (daripada duduk kat umah tak buat ape-ape selain korek hidung!). hehe..

Sedikit pengalaman untuk dikongsi. Program OPKIM ini akan dilakukan di kawasan luar Kuala Lumpur/Lembah Asmara eh!, Lembah Klang dan disertai oleh kumpulan-kumpulan kesenian di UKM seperti teater, tarian, gamelan, silat, nasyid, kertuk dan rebana ubi, pengurusan seni dan pengurusan teknikal. Jadi, wakil-wakil bagi setiap kumpulan ini akan mengajar (berpengalaman jadi cikgu wei!) murid-murid sekolah di sekolah yang berlainan dalam bidang kesenian masing-masing. Di penghujung program, kesemua murid yang telah diajar dalam bidang yang mereka pilih masing-masing akan bergabung dan perform di 'gala night' di hadapan ibu bapa, Pengetua, cikgu-cikgu sekolah (bukan Maya!) dan penduduk sekitar. Ala-ala filem Talentime la kiranya ni! Boleh korang berangan jadi Adibah Noor kejap. (tetiba jer!) Semasa malam gala itu nanti pastinya korang akan merasai kepuasan dan terharu dengan hasil titik peluh korang... Best nyer... Kasawari mula syok sendiri dah! Tolong...

Satu lagi, di tempat berOPKIM nanti, peserta akan dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing kerana peserta akan tinggal bersama mereka sepanjang program berlangsung. Jadi, rasailah pengalaman tinggal bersama keluarga lain yang semestinya lain! haha.. Tapi, memang seronok dan fun sangat-sangat pengalaman ini seperti pengalaman Kasawari dulu dapat keluarga angkat yang berpangkat Tuan Haji, sedangkan time tu rambut Kasawari mengerbang ala-ala Guy Sebastian dan berwarna merah! erk??? Macam-macam la pengalaman dan 'nasihat' diberikan oleh keluarga angkat dulu. Siap dapat hadiah berupa sejadah, tasbih, kain sarung dan kopiah putih lagi daripada mak angkat! Walaupun tersentap, yang penting pengalaman BEST! huhu...

Jadi, butir-butirnya adalah:-

Program: PROJEK KHIDMAT SENI MASYARAKAT UKM 2009 (OPKIM)
Tarikh: 15-20 Mei 2009 (kemungkinan tarikh ditunda ke 29 Mei)
Tempat: Pulau Manis, Pekan, Pahang
Anjuran: Pusat Kebudayaan UKM, Urusetia ARTISUKMA UKM, JKKK/Persatuan Belia 4B bersama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang.
Penyertaan: 6 orang daripada setiap kumpulan (borang lebih boleh dipertimbangkan)

**borang penyertaan boleh dicurik daripada Kasawari dan borang mestilah dihantar selewat-lewatnya 20 April 2009 kepada Pusat Kebudayaan.

"Enjoy your OPKIM...!"

08 April, 2009

MINGGU MANIFESTASI SENI TEATER


Hola semua pembaca dan pengikut KELAB TEATER RIMBA...

Sekali lagi untuk semester ini, para pelajar ko-kurikulum teater seni lakon akan mengadakan persembahan atau pementasan amali bagi melengkapkan unit peperiksaan mereka selain teori. Pementasan ini terkandung dalam Minggu Manifestasi Seni UKM 2009 yang akan diadakan sepanjang minggu ini (awal April).

Bagi persembahan teater, terdapat dua pementasan, masing-masing oleh pelajar ko-kurikulum dari UKM induk dan juga dari para pelajar UKM cawangan Kuala Lumpur, iaitu dari Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI). Pelajar-pelajar UKM induk akan mementaskan naskhah yang berjudul 'JUARA' yang mengisahkan Pak Dawam yang sedang giat berkempen untuk menang dalam pilihanraya di samping gelagat dua orang anaknya yang turut ingin menang dalam pertandingan karaoke dan ratu kebaya kampung. Adakah ketiga-tiga mereka akan muncul JUARA? Untuk pengetahuan umum, naskhah ini pernah dipentaskan oleh pelajar ko-kurikulum sesi 2005/2006 dahulu. Apakah perbezaan garapan kedua-dua sesi ini? Jom datang tengok!

Selain daripada persembahan teater, minggu ini juga menyelitkan Pameran Seni Tampak (09-11 April) dan Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri (10 April) di Foyer Pusanika UKM; serta Persembahan Pentas Muzik & Tarian (11 April) di DECTAR, UKM.

TAJUK: JUARA (UKM Induk) & ARCA (KTDI)
TARIKH: 09 APRIL 2009
MASA: 8:30 p.m.-10:30 p.m.
TEMPAT: PANGGUNG SENI, UKM
KUMPULAN: PELAJAR TEATER SENI LAKON




"Mahasiswa Memartabatkan Budaya Bangsa..."