09 May, 2009

TEATER RIMBA KE SABAH

Salamz...
Nampaknya habis je exam bulan Mei ni, Kelab Teater Rimba semakin sibuk dengan aktiviti-aktiviti kesenian. Macam biasala tu. Student lain cuti, kiteorang korbankan cuti. Tapi takpe sebab berbaloi.
FYI, satu pertandingan DEKON MAKUM akan diadakan pada pertengahan bulan Mei ini yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS). Seperti biasa, KTR akan menghantar wakil ke negeri bawah bayu tersebut sebagai wakil UKM dan kini sedang sibuk dengan preparation, baik dari segi lakonan mahupun teknikal.
Bagi sesape yang masih tidak mengetahui DEKON itu apa, DEKON adalah singkatan bagi Deklamasi Lakon, iaitu melakonkan sesebuah puisi yang dikembangkan dalam bentuk skrip. Jadi, normally DEKON ini lebih cenderung kepada carita-cerita yang berat dan skripnya agak puitis. Emosi dan penghayatan para pelakon harus kuat bagi memantapkan sesebuah skrip DEKON ini supaya mesej sampai kepada penonton. Kebiasaannya, pelakon terdiri daripada 3 orang (max).
Kali ini, KTR akan mempertaruhkan skrip yang bertajuk "KERANA KAU" yang dihasilkan oleh Bung Kancil bersama beberapa ahli kelab sendiri. Menariknya, KERANA KAU ini mengisahkan cinta sejenis dan juga pengorbanan dan dendam antara watak-watak. Azi amat menyintai Lina, sedangkan Lina dan Johan adalah sepasang kekasih. Adakah cinta Azi terhadap Lina kesampaian dan mampu merampas Lina daripada Johan?
Kelab Teater Rimba pernah memenangi DEKON menerusi skrip "HITAM" suatu ketika dahulu dan turut berjaya memenangi Skrip Terbaik. Mampukah tahun ini KTR/UKM mengulangi kejayaan itu sekali lagi? Doakan kejayaan kiteorang ye...
Di akhir program ini akan diadakan Forum Apresiasi DEKON yang membariskan para panel seperti Khalid Salleh, Pak Marzuki Ali, Zaini Ojea dan Rosly Mansor.
Program: FESTIVAL DEKON MAKUM 2009
Tarikh: 14-17 Mei 2009
Tempat: Dewan Resital Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Anjuran: Sekolah Pengajian Seni, UMS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
Tajuk DEKON: KERANA KAU
Skrip: Bung Kancil & KTR
Arahan: Mimi Maisarah
Pelakon: Nor Laili (Azi), Aishah TEKAD (Lina) & Eddy Imran (Johan)
Good Luck to all yang akan menjayakan DEKON ini...!

4 comments:

widda_me said...

nk ikut!!!

teuku kasawari said...

ikut la.. ada tangan, ada kaki ikut sendiri.. haha..

widda_me said...

ala....smpai hati

teuku kasawari said...

hehe.. btw, hari ni (14/05/09) kiteorg akan berlepas ke Sabah.. so, doakan keselamatan pergi balik kami dan sepanjang di sana dan doakan kejayaan kami k... ;)