21 May, 2009

DIARI KINABALU



Rasanya sudah agak lama blog KTR ni tidak diupdatekan. Al-maklumlah tengah busy dengan macam-macam perkara yang perlu diuruskan lately. Wokei! Seperti yang uols tengok kat banner atas ni, pasti korang dah tahu apa yang bakal Kasawari kongsikan bersama. Berdasarkan post lepas, Kasawari ada mewar-warkan kepergian beberapa KTRians untuk berjuang dalam Festival DEKON MAKUM 2009 di Universiti Malaysia Sabah. Festival tu pun dah berlangsung hampir seminggu dengan jayanya. KTRians pun dah selamat sampai ke Bangi balik untuk berjuang dalam Festival Teater Selangor 2009 pulak. Memang busy, tapi teruja!

Di sini, Kasawari ingin berkongsi pengalaman dengan korang mengenai renteten peristiwa (cheh!) sepanjang kiteorang di Negeri Di Bawah Bayu itu. KTRians yang terbang ke sana ala-ala witch (guna penyapu! haha...) adalah Mimi, Laili, Aisyah, Eddy, Kasawari sendiri dan Ayahanda Bung Kancil selaku pegawai pengiring.

14 Mei 2009

~ seawal jam 7 pagi kami bertolak dari UKM ke LCCT sebab flight ke Kota Kinabalu pukul 9:30 pagi. Di LCCT kami terserempak dan satu flight dengan group dari UUM dan USIM.

~ tiba di KK, kami disambut oleh wakil UMS yang disangkakan Sabahan, tapi rupenyer Mek Kelate. Ape lagi si Laili, mulala buat 'Salam Pantai Timur' dalam van. hehe...

~ kami di hantar ke kediaman masing-masing. Peserta perempuan dihantar ke kolej kediaman dalam kampus UMS, manakala lelaki ditempatkan di kolej luar berbentuk rumah teres dua tingkat yang dinamakan King Fisher (KF). Macam bessttt jer!

~ kami ke Dewan Resital di Sekolah Pengajian Seni UMS untuk mendengar taklimat pertandingan. Di sana, rupenyer banyak IPTA yang dah sampai awal sehari sebelum kiteorang. Ingatkan kiteorang antara terawal. huhu... Cabutan undi dijalankan dan UKM merupakan peserta ketujuh yang perform pada keesokan malamnya. Ketika itu jugak kami baru tahu bahawa DEKON ini ada tema, iaitu Keamanan! Hurmm...

~Petang itu, kami dihantar ke Dewan Canselor untuk berlatih di sana. Sampai-sampai dah terus berlatih. Dahla penat, tapi kerana semangat untuk perform, kami gagahi jugak.

~ Sebelah malam pulak, setiap group diberi masa 40 minit each untuk setkan segala bahagian teknikal dari aspek set, lighting, audio and blocking. Dalam keadaan kelam kabut (kerana bilangan ahli yang sedikit), kami terpaksa rushing melakukan segala-galanya sehingga menimbulkan perbalahan antara Kasawari dan Mimi kerana stress. Huhu.. Sowi Mimi ek... We're cool lepas tu.

~ Tiba masa untuk pulang ke kediaman masing-masing untuk istirehat. Tapi, KTR berjaya memujuk Victor (krew UMS) dan jugak pakcik bas untuk bawak kiteorang makan kat Mc Donalds nearby malam tu. Jasa uols akan dikenang. hehe... dari mereka jugak kami ada mempelajari bahasa kadazan dusun seperti "Kaiyo Siti" yang bermaksud "Mari Sini". Maknanya, "Siti Nurhaliza"="Sini Nurhaliza". erk???

~ Tido time setelah kepenatan. Bestnyer bilik kiteorang ada air-cond...hehe... perlu ke mention?

15 Mei 2009

~ kami bangun seawal 6:30 pagi kerana kat Sabah kan pukul 6 pagi lebih dah cerah. Dengan confidentnyer Eddy pergi bathroom, tapi malangnyer TAKDE air! Geram giler pagi tu! Dahla di rumah tu semua orang akan pergi ke bilik kiteorang untuk mandi kerana bilik air kat room kiteorang je boleh digunakan. Tapi, masalah air pulak takde. Peserta-peserta dari IPTA lain yang berkongsi rumah ngan kiteorang dah mandi awal-awal. Macam tau jer.. hehe...

~ Jadi, dengan selambe nyer Kasawari dan Eddy naik bas dengan keadaan tak mandi membawa toiletries masing-masing untuk mandi di Dewan Resital nanti. Setibanya di sana, kami breakfast dulu dengan girls, then mandi. Segar nyer....

~ Pagi itu, latihan dijalankan seperti biasa dengan tambahan banyak lagi input sebagai sentuhan terakhir sebelum perform pada waktu malam. Dalam masa yang sama, ada beberapa krew penerbitan UMS datang menemuramah kiteorang dan sesi fotografi dijalankan. Ala-ala buat 'The Making Of...' la.

~ Lepas lunch, kami semua masuk ke dalam Dewan Resital untuk menyaksikan persembahan daripada IPTA yang bertanding. Daripada 11 kumpulan, 3 kumpulan akan perform terlebih dahulu pada sesi siang, dan 4 lagi grup akan perform pada waktu malam. Keesokan siang pulak 4 grup akan menyusul. Maknanya giliran UKM adalah pada malam first. Show pertama dimulakan dengan grup UPSI.


~ Kite terus jump ke giliran KTR ye. Seperti mana yang telah diketahui, KTR UKM telah mementaskan naskhah DEKON yang berjudul KERANA KAU yang dikarya oleh KTRians sendiri. Pada malam itu, semua pelakon telah melakukan yang terbaik dan all out berbanding dengan latihan-latihan sebelum ini. Cuma ada sedikit masalah dari segi teknikal, iaitu audio yang telah disalahsetkan oleh Kasawari, namun kesilapan tu tak menjejaskan persembahan dan penghayatan pelakon. All i can say, i am proud with my team for the great job!

~ habis je show, kami semua balik ke kediaman masing-masing. Kasawari dan Eddy (yang masih pakai costume!) sempat curik-curik kuar jalan kaki berbatu jauhnyer untuk makan di Mc Donalds lagi. hehe...

16 Mei 2009

~ Seperti biasa pada waktu pagi kami semua berkumpul di Dewan Resital untuk menyaksikan sesi show terakhir bagi kumpulan IPTA yang masih belum perform. Hari ni Kasawari masih lagi mandi di dewan kerana di rumah masih takdo air! Btw, hari ini adalah hari yang merelaxkan kami kerana dah perform semalam, juz nak tengok show orang lain jer.

~ Show berakhir sekitar tengahari oleh USIM. Selepas lunch, kami dikehendaki untuk menghadirkan diri dalam wacana/forum mengenai DEKON di salah satu bilik kuliah di sana. Melalui forum ini, kami semakin mendapat banyak input mengenai konsep DEKON. Bagusla kan untuk dipraktikkan lagi di masa akan datang.

~ Kami juga ada membeli DVD rakaman show kami pada malam semalam kerana UMS ada menyediakan rakaman setiap show kumpulan berharga RM 15. Quite expensive untuk DVD yang cuma ada rakaman show je. Ingatkan gambar-gambar dan 'The Making Of...' semua terselit, tapi takdo! Tapi, takpela. Asalkan ada 'ole-ole' persembahan KTR sudeyy!

~ Tibanya malam penutup. Kami semua, termasuk IPTA lain berkumpul dalam dewan untuk acara tersebut. Paling best adalah TNC UMS yang tersangatla sporting kerana tidak mementingkan formality pada malam itu. Sempat lagi beliau bercerita pasal OIAM 3 dan AF 7 finale dalam ucapan beliau kerana beliau sangat menyukai nyanyian ni. Siap betting ngan anak sebanyak RM 200 untuk undi Aril AF 7 jadi juara! haha... Memang sempoi!

~ Macam biasa la sebelum keputusan diumumkan, pelbagai persembahan nyanyian, tarian dan sketsa dipersembahkan, mostly daripada pelajar-pelajar sekolah. Best la jugak.

~ Tibalah keputusan. Berdebar-debar jugakla kami pada malam itu. Ketua juri sempat menyatakan bahawa sesiapa pun yang menang sebenarnya masih jauh untuk menepati ciri-ciri DEKON itu sendiri. Maknanyer, kesemua kumpulan sebenarnya masih keliru dengan pengertian DEKON. Jadi, kalau kalah pun, takla effect sangat. Dan KTR UKM tak menang satu pun! Anugerah pulak sikit je. Bukan seperti anugerah-anugerah dalam teater MAKUM semua. Tahniah kepada USM kerana menjadi juara! Anda memang layak kerana lakonan kuat!

~ Selepas finale, kami semua enjoy BBQ yang disediakan. Sedap-sedap je seafood semua. New experience apabila makan rumpai laut yang agak besar saiz nyer. Sedap jugak. Pastu ada sesi karaoke. Kasawari ape lagi tak melepaskan peluang nyanyi. Begitu juga teman-teman KTR lain. Kiteorang sporting jer! ;)

17 Mei 2009

~ Hari ini kami akan pergi trip ke kaki Gunung Kinabalu dan mandi kolam air panas. Macam besstt jerr! Sebelum tu kami pergi breakfast dulu yang tak jauh dari UMS. Perjalanan ke Kinabalu Park mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sakit jugak bontot kiteorang lama-lama dalam bas ditambah lagi jalan yang bersimpang-siur (pening!) dan tekanan udara yang menyebabkan telinga kami ala-ala tersumbat! Sampai je di Kinabalu Park, kami semua buat sesi fotografi sendiri-sendiri la dek keindahan suasana di sana.

~ Kemudian kiteorang pergi ke kolam air panas yang terletak perjalanan sejam dari sana, Poring Hot Springs. Kawasannya pun cantik, menarik dan memang da' bomb! Kami sambung bergambar. Ada yang pergi ke Canopy Walk (jambatan tinggi 100 m dari pokok ke pokok). Kasawari dan Aisyah tak ikut sebab gayat! Kami terus merendamkan diri dalam air panas. Wah, segar giler! Hilang segala stress dan kepenatan!

~ Hari semakin gelap. Kami pun bertolak balik ke UMS dan King Fisher. Perjalanan jauh dan gelap membuatkan ramai tertido. Sebelum sampai ke kediaman masing-masing, kami singgah makan dulu di sebuah tempat makan yang bernama Warung Kak Tini. Di sana, rupa-rupanya ada orang Utara yang jual Char Kuew Teow. Sedap giler!!! Habis je makan, kami strike a pose lagi, then balik tido!

~ Sebelum tido, sempat lagi Kasawari dan Eddy amik gambar-gambar kami dari kamera teman UPSI dan berbual-bual sebelum kami berpisah keesokan harinya. Sedih ada gakz.

18 Mei 2009

~ Merupakan hari terakhir di sana sebelum berangkat pulang ke Bangi. Kami tiba di Kota Kinabalu International Airport Terminal 2 awal dalam pukul 1:00 p.m. lebih sedangkan flight dalam pukul 6:00 p.m. Bagusla. The earlier, the better! Kami menikmati KFC dan kemudian lepak-lepak kat cafe bergossip dengan Bung Kancil. Erk? Huhu...

~ Paling tak boleh dilupakan apabila si Laili ditahan imigresen kerana 'terhilang' pas imigresen semasa check in. Lama jugak tunggu dia settlekan. Nasib baik imigresen bagi die peluang untuk masuk jugak, kalau tak, kahwin ngan orang Sabah je la stay sana. Hehe...

~ Lebih kurang pukul 8:30 p.m. kami tiba di LCCT. Penat siot. Sampai je di UKM, ade yang balik umah, ade yang terus dating dan ada yang meeting untuk next theater project!


Trivia:

+ Juara DEKON 2009 adalah USM (Lokan Bertepuk), tempat kedua dari UTM (Seperti Manik Putus Dari Kayangan) dan tempat ketiga disandang oleh UNIMAP (Maruah Sebuah Kemerdekaan). USM juga menggondol Dekonist Terbaik dan Pengarah Terbaik, manakala UTM mendapat Sinografi Terbaik dan UNIMAP merangkul Anugerah Skrip Pilihan. Tahniah kepada semua pemenang!

+ walau pun tak menang, persembahan tetap meninggalkan kesan kerana adanya aksi-aksi '18sx' dalam persembahan kami. Hehe... Buktinya, di mana-mana kami pergi ada je teman-teman IPTA lain usik pelakon-pelakon kami dek watak yang dibawakan.

+ rupenyer UMS amat meminati ARA yang pernah dipentaskan oleh KTR ketika MAKUM 2007 dulu. Jangan jeles. Watak Jerangkung sangat glamer di sana.. Huhu... Dieorang panggil Kasawari bukan based on my name pun , tapi Jerangkung!

+ Laili boleh dicopkan sebagai 'Penghilang Tiket'. Buktinya, die hilangkan tiket untuk ke Poring Hot Springs dan jugak pas imigresen! hehe.. Jangan marah mek!

+ DVD KERANA KAU ada di tangan kami sekarang bagi sesape yang nak tengok la. Di sana, kami juga beli pinggan yang ada muke kiteorang yang dibuat oleh student UMS berharga RM 15.

+ kami balik ke Semenanjung satu flight ngan salah seorang juri, iaitu Khalid Salleh.



p/s: klik DI SINI untuk melihat gambar-gambar kami sepanjang DEKON MAKUM 2009 di Sabah! Enjoy!

No comments: