09 May, 2009

BENGKEL SENI TEATER 2009

Hola...
Just a short information. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Pusat Kebudayaan UKM akan mengadakan bengkel-bengkel kesenian sebagai acara tahunan. Tahun ini tidak terlepas dengan program sebegini untuk memantapkan lagi para pelajar dalam bidang kesenian dan kebudayaan.
Bengkel seni teater juga terkandung dalam acara tersebut. Seperti biasa, seorang tokoh berpengalaman dalam bidang teater, Bapak Marzuki Ali sekali lagi dijemput sebagai pembimbing khas dalam bengkel ini. Segala persiapan telah dijalankan oleh para pelajar tahun satu bagi memastikan program sebegini berjalan dengan lancar selama 4-5 hari. Aktviti-aktiviti menarik mengenai teater akan dikongsi bersama dalam bengkel ini nanti. Sesiapa sahaja (tak kisah orang luar dan alumni pun boleh) dijemput hadir bagi berkongsi pengalaman dan belajar lebih lanjut mengenai seni teater. Tak rugi... Free jer... Penginapan dan makan minum semua ditanggung!
Program: BENGKEL SENI TEATER 2009
Tarikh: 09-13 Mei 2009
Masa: 08:00-22:00
Tempat: Studio Kelab Teater Rimba/Panggung Seni, UKM
p/s: peserta bengkel dikehendaki membawa kain batik (perempuan)/kain sarung (lelaki) dan kasut sukan untuk aktiviti riadah.
"Teater memanusiakan manusia..."

3 comments:

NORFARAH NADIA said...

bole ke bgtau schedule die..

saye suke sesi2 dalam bengkel, esp time muhasabah.. =)

wiken ni free.. maybe i bleh come over?

teuku kasawari said...

jadual semua ada kat Wida (yang handle bengkel ni). dtg je la weekends ni...

Mie Amour said...

oh!bengkel ni mmg best..lg2 kmbinasi bung ngan pak marzuki..dasat2.huhu..