01 August, 2011

UJIBAKAT PELAKON


Salam! ini ada berita baik kepada semua yang ingin berproduksi lagi! Pementasan teater Upin & Ipin The Musical bakal dipentaskan di Istana Budaya pada April tahun 2012


Sesi ujibakat pelakon teater muzikal Upin & Ipin akan berlangsung di Istana Budaya pada tarikh dan waktu berikut:

13 Ogos 2011, Sabtu (10 pagi hingga 3 petang)
14 Ogos 2011, Ahad (10 pagi hingga 3 petang)
20 Ogos 2011, Sabtu (10 pagi hingga 3 petang)
21 Ogos 2011, Ahad (10 pagi hingga 3 petang)

Syarat-syarat uji bakat:

1. Umur: 6-35 tahun
2. Jantina: Lelaki & Perempuan
3. Berkebolehan menari, menyanyi dan berlakon
4. Sihat & lincah
5. Semua bangsa dijemput hadir.

berminat? hubungi 0178716060, 0122977220 dan 0172004249.

29 July, 2011

RAMADHAN KEMBALI

~RAMADHAN KEMBALI~

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa". (Al-Baqarah ayat:183)

Selamat berpuasa kepada semua! puasa jangan tak puasa pula ye!

ira
29 Julai 2011

27 May, 2011

BANGSAWAN “ALANG BUANA”

BANGSAWAN “ALANG BUANA”


Keterangan / Sinopsis
Pementasan Teater Bangsawan Anjuran JKKN & DBKL dengan Kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) Sempena Program Semarak Bangsawan 2011.

Mengisahkan tentang ketamakan dan perebutan harta yang berlaku antara 3 beradik iaitu Samsinar (Kakak), Kidam (yang tengah) dan Alang Buana (yang bongsu).

Tarikh / Masa: 10 – 12 Jun 2011 / 8.30 Malam

Masuk Tiket : RM5

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi: 03-26176303/6289/6305 (DBKL)
03-20523600 (JKKN)