08 July, 2010


~CerITEra bERamai2 fREsHIEs~

salam pada semua uols. Mcm mane sume?sihat? kan sume tahu dat yang dis week kat UKM ada minggu MMP kan...so, I, IKA, KK n MIZA adalah PC PUSAT KEBUDAYAAN. Busy la jugak...siapkan skrip, thanks sgt2 pada sume yang membuat! ^_^ walaupun byk kali tukar skrip kan?hehehe... Pada hr pertama, kita ada lebih kurang 56 yang nak join teater MMP ni. Ramai sgt2 uols~terharu!hahaha...byk preparation seperti pemilihan pelakon, thanks pada BUNG yg mengikuti sesi latihan ini dari mula selection! n not forget thanks to ABG NAZ, ABG NOHMAN, ABG DIN, WAN(DOT), INA yg sanggup turun menjadi SUKARELAWAN. First day xbyk yg dapat buat just scrip reading je sempat. Next day, we alls buat selection utk pelakon2 and produksi. Seramai 53 sekarang yg tinggal utk teater MMP ni. 8 pelakon telah dipilih n selebihnya sebagai produksi n beberapa yg menjadi pelakon tambahan...not bad diaorg, cuma perlu diasah lg bakat2 mereka. Mereka sgt berminat, n mungkin ada rasa malu sedikit!hahaha...biasalah, mcm kite juga kan?

Third day, dah buat sume scene, n kite ada 4 scene. produksi telah melakukan kerja yang bagus dan mereka siap sumenye hari itu juga. BGS! itulah kita nak kan?semangat budak2 ni...I ada ambil pic mereka waktu latihan. nanti I uplode, xsempat nak buat. Huhuhu...sorry k? Hari ini adalah hari ke 4. Malam ni latihan intensif utk para pelakon. Mereka mengalami masalah seperti blocking, masking, n pelbagai lagi. Ahad ni kita akan membawa mereka menonton ALADDIN kat panggung bandaraya. So, pada semua yang pergi, bolehla berkenalan dgn mereka!hehehe...myb xsemua kita bw, tgk keadaan...tp kalau boleh, kita nak bawa mereka semua!huhuhu...utk sinopsis teater ni, ira akan tulis nanti.ok la, i have to stop here. sebarang info ira akan update dekat blog or FB Teater Rimba. Jumpa lagi semua ^_^ salam~

~ira~

KELULUSAN PERMOHONAN MENONTON ALADDIN

SALAM PADA SEMUA. PEMENTASAN ALADDIN ITU, PERMOHONAN TELAH DILULUSKAN. JADI PADA AHLI KELAB DAN SESAPA YANG BERMINAT YG BERADA DI UKM, BOLEHLA PERGI KE DEPAN PANGGUNG SENI PADA 11 JULAI 2010 SEBELUM JAM 6.30PM. BAS AKAN BERGERAK PADA JAM 6.30PM. TIKET BERHARGA RM5 JE. SEBARANG MASALAH ATAU MAKLUMAT, SILA HUBUNGI IRA 0132182806 ^_^

TQ
~IRA~

03 July, 2010


~PEMENTASAN BANGSAWAN ALADDIN~
salam dan selamat sejahtera pd semua. Sihat semua?hahah...nak beritahu , pihak Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia ada menjemput kita untuk menghadiri menonton PEMENTASAN BANGSAWAN ALADDIN oleh UPM pada 9-11 Julai 2010 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Pementasan ini bermula pada jam 8.30 malam & 3.00 ptg (seperti tertera dalam surat jemputan). So, sape2 nak g, jomlah, kita plan hari apa nak pergi? t boleh tempah bas( Bung da ofer diri nak tempahkan) hehehe...


Mehla ira ceritakan sedikit sinopsis pementasan ini. Aladin ialah kisah mengenai seorang pemuda yang miskin bernama Aladin dari negeri padang pasir. Di dalam negeri Baghdad terdapat seorang raja yang terkenal ialaitu sultan Harun Amirul Rashid serta wazirnya iaitu Abu Nawas. Sultan dan permaisuri memiliki seorang anak gadis bernama Puteri Balkis. Setiap hari ada sahaja pemuda yang datang meminang dengan pelbagai cara namun ditolak oleh Puteri Balkis. Antara yang masuk meminang ialah Jaafar iaitu seorang ahli sihir yang jahat. Namun pinangannya tetap ditolak dan ini telah menimbulkan rasa dendam di hati Jaafar. Sultan telah menegur sikap cerewet Puteri Balkis, Puteri Balkis merajuk dan keluar istana.

Abu Nawas mumujuk sultan. Di pasar adalah titik pertemuan antara Aladin dan Puteri Balkis. Puteri Balkis telah menyamar menjadi orang miskin dan membantu sekumpulan kanak-kanak pengemis memohon belas penjaga apple namun kanak-kanak itu dihalau dengan kasar. Puteri Balkis yang melihat merasa amat murka lalu mengambil apple-apple itu lalu diberikan kepada kanak-kanak tersebut.

Peniaga marah dan hendak menangkap puteri. Puteri Balkis cuba lari. Insiden itu diperhatikan oleh Jaafar, dan berpura2 turut mengejar mahu menangkap puteri. Pada ketika itu, Aladin juga melihat insiden tersebut. Aladin telah menyelamatkan Puteri Balkis. Mereka berkenalan sehingga timbul bait2 cinta antara mereka. Jaafar dan orang ramai menemui mereka dan mereka melarikan diri. Dalam melarikan diri, Aladin telah terjatuh ke dalam lubang jerlus padang pasir dan pada masa inilah dia menemuipelita ajaib. Puteri Balkis telah dibawa oleh Jaafar ke istana dan mengugut sultan utk mengahwinkan Puteri Balkis dengan Jaafar. Adakah sultan akan bersetuju? Mampukah Aladin menyelamatkan cinta hatinya dengan bantuan pelita ajaib yang baru ditemuinya? sama2 kita saksikan....

segala maklumat terbaru akan ira update kat sini ye?or kat FB...