11 January, 2011

Diari Usang2 ep3


Salam sejahtera...lama tidak update utk progres sepanjang hampir 1 minggu lebih! Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada pihak yang turut
membantu dalam meneruskan pementasan ini.

Pada minggu lepas (minggu pertama Januari), para pelakon berlatih bersama bung untuk mendalami watak masing2...latihan pelakon adalah setiap petang jam 6.00pm di panggung seni. Kepada produksi pula, mereka sedang membuat research memandangkan banyak perubahan yang berlaku terutamanya dalam bahagian setting. Tetapi dengan kerjasama yang dilakukan, masih terus dapat berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan! teruskan usaha lagi memandangkan tarikh pementasan kita hampir tiba...

~bersama pelakon kanak2~


~alumni yang juga turut bersama~


~casting~


~sesi latihan~

selesai sudah pemilihan watak untuk USANG 2 ini! oh ya..nama terbaru usang 2 adalah "TAKDIR ILAHI" yang dipilih sendiri oleh bung kita. Sekali lagi tahniah kepada yang berjaya memegang watak2 dan juga kepada ahli produksi yang telah dilantik!

Pada 8 Januari 2011 yang lalu, Pusat Kebudayaan UKM telah menganjurkan MALAM ANUGERAH SENI UKM. Tema adalah glamoures. Terima kasih yang sudi hadir..dan tidak lupa kepada para alumni yang juga turut hadir pada malam tersebut! tahniah kepada
ZULIATI BT JAIDI kerana telah merangkul 2 anugerah pada malam tersebut,

-ANUGERAH PENGIKTIRAFAN JURULATIH SENI TEATER-
-ANUGERAH SENI TEATER-
Dengan kemenangannya akan menjadi suatu pemangkin semangat kepada ahli2 lain untuk terus bergiat aktif dalam seni teater agar suatu masa kelak, anugerah itu anda PUNYA!!! yeah~


~model2~


~kenangan terindah~

sampai disini sahaja dahulu untuk kali ini. Sebarang info terbaru akan ira update disini. salam RIMBA untuk semua!

p\s: -banyak pic xuplode sebab pic dalam pendrive...akan diuplode tidak lama lagi
-latihan untuk pelakon adalah setiap hari jam 6pm di panggung seni **segala perubahan akan diberitahu**





3 comments:

Hanis Manis said...

errr kenapa atie nampak sangat cantik? damn. haha. rindu kat korang semua tapi tu lah, busy dengan prasada. :(



-hanis

Anonymous said...

wah, sgt merindu suasana di panggung seni...

Dr. Ira said...

hanis: kalo camtu,jgn lupe joint ko-k teater..hehehe
linda: meh la dtg panggung seni~ ^_^