06 September, 2010

5 sept 2010-PROGRAM KASIH RAMADHAN


PROGRAM KASIH RAMADHAN, KAPAR,KLANG

Salam pada semua! Wah, kita sekarang berada pada penghujung Ramadhan! dan tidak lama lagi, Syawal menjelang...so, kat sini, Ira ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ok lah, kat sini ira nak cerita sedikit tentang program baru2 ini.

Pada 5 september 2010,(ahad), sekali lagi KELAB TEATER RIMBA dijemput oleh DR. IBRAHIM GHAFAR utk menjayakan program bersama-sama anak2 yatim iaitu PROGRAM KASIH RAMADHAN di Kapar, Klang. Kami bertolak pada jam 10.30am dan tiba di Klang pada jam 12.00pm. Sesampai sahaja kami disini, kami dipecahkan kepada dua kumpulan, lelaki membantu mengemas kawasan surau dan perempuan dikehendaki membantu masak bubur lambuk! selesai sahaja lelaki mengemas, mereka juga dtg turut membantu kami masak bubur lambuk!

kacau bubur lambuk

pengagihan barang2

Aktiviti memasak bubur selesai lebih kurang jam 3pm. kami bergerak semula ke masjid utk membantu dari segi sesi pendaftaran warga kampung yang hadir. Alhamdulillah, selesai semuanya ^_^ walaupun aktiviti yang dirancang utk anak2 yatim pada awalnya terpaksa dibatalkan atas kekangan masa. Tapi kami tetap seronok membantu mereka mengagihkan barangan derma.

Sesi pengagihan barang selesai hamper ke jam 6.30pm. kami bersedia utk berbuka puasa bersama2 di masjid. Kesemua nampaknya kepenatan, tetapi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan! Walaupun terjadi tragedy yang tidak diingini, namun kami semua sgt bersemangat utk menjayakan program ini…tahniah kepada mereka yang menjayakan program ini.

Kami pulang pada jam 9.00pm selepas selesai solat Isyak dan tiba di UKM pada jam 11.00pm. Sekali lagi, terima kasih kepada yang hadir! Utk event seterusnya, MENONTON PEMENTASAN WALINONG SARI dr group Teater Gerak Seri, Johor pada 29-30 september 2010 di Panggung Bandaraya, KL.

Sampai sini je Ira nak cerita, semoga berjumpa lagi.!

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN~

~Ira
~6 september 2010

2 comments:

wann afzan™ said...

thnx jugak ira! =)

Hailey Tereso Francis said...

selamat hari raya kpd smua ahli KTR!
rindu KTR sgt2~