21 July, 2010

::jom2...CerITA bARu::


Salam pada semua. Sihat? Agak lama juga ira xupdate info yang baru kat sini. Utk pengetahuan semua, kini di UKM sedang menjalani minggu pengenalan kelab. Jadi, kami sebagai salah satu kelab yang tertubuh di UKM ini, mengambil kesempatan utk mempromote kelab disamping utk mencari ahli2 baru yang berminat dan berbakat. Pencarian kami bukanlah sekadar utk mencari pelakon
semata2, tetapi utk mencari bakat dalam semua bidang! Cayalah!haha... Dalam sesuatu teater, bukan sekadar pelakon yang ada, kita juga ada bahagian tata audio, cahaya, props, set, dan pelbagai lagi. Kita juga mencari yang minat
berpuisi, syair dan sebagainya. Tarian n menyanyi pon sangat digalakkan tau! ^_^ Jadi, jgnlah mencetekkan pemikiran semua pulak..

inilah adalah junior2 yang terlibat dengan pementasan minggu pengenalan kelab bersama senior
pada minggu pengenalan kelab ini, kami diberi utk mempersembahkan sebuah sketsa selama 20 min dengan bertajuk KERJA yang diarahkan oleh KAK WIDA. Jadi, mari beramai2 utk turun ke PUSANIKA UKM aras 4 pada jam 12.45tghari utk menyaksikan persembahan daripada junior2 tahun 1 ini. Dan tidak lupa, kami juga ada membuka booth di aras 4 itu sehingga jumaat ini (23 Julai 2010).

Utk aktiviti minggu ini, pada sabtu ini (24 Julai 2010), KTR dijemput sekali lagi utk menyaksikan pementasan TEATER TRADISIONAL MEK MULONG bertajuk CAHAYA BULAN yang dibawa daripada KUMP. TEATER TRADISIONAL NEGERI KEDAH. Jadi kepada sesiapa ingin menonton, sila emailkan nama, matrik, kolej anda kepada email ira faridzatul90@yahoo.com secepat mungkin before jumaat jam 6ptg. Kita akan bertolak pada hari sabtu dan diharapkan berkumpul di hadapan PANGGUNG SENI jam 6.00 ptg. Alhamdulillah, td ira dah dapatkan kelulusan dan contact num pemandu bas. Dan diharapkan masalah dahulu tidak berulang kembali...insyaAllah^_^ Sebarang masalah bolehlah hubungi Ira ye? ^_^

Pada Khamis ini, diadakan casting utk pementasan USANG pada bulan 9. Jadi kepada sesiapa yang berminat utk berlakon ataupun utk menjadi krew produksi, bolehla datang pada hari Khamis ini (22 Julai 2010) di bilik Kelab KTR aras 3 pada jam 8.30 mlm.

Pada 31 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010, akan diadakan bengkel penghayatan teater di Port Dickson, n9. Bengkel ini diwajibkan kepada semua tahun 1 yang menjadi ahli Kelab Teater Rimba dan yuran dikenakan sebanyak RM15. pelbagai aktiviti yang akan dilakukan disana. Segala pembayaran bolehlah dilakukan selewat2nya hari isnin (26 Julai 2010) kepada bendahari Miza ataupun pada saya (Ira). segala persoalan, sila berhubung terus dengan Ira.Num ira telah diletakkan dalam blog ini. ^_^

Sekian sahaja daripada Ira, semoga kita berjumpa lagi. Salam sayang teater dari ira kepada semua....^_^

~ira
~6.33pm
~21 julai 2010

7 comments:

Teuku Kasawari said...

wah, rindu siot tgk bilik kelab!!! siyes!

btw, sebelum ni kasawari keliru dgn pementasan mek mulong cahaya bulan and dewa muda. yg dewa muda kat filharmonik petronas. cahaya bulan ni panggung bandaraya. so, yg lain jgn kompius gakz. hehe..

Dr. Ira said...
This comment has been removed by the author.
Dr. Ira said...

oh?dtgla bilik kelab...da semakin seri blk tu..hehehe...bydaway,thanks for ur info...kita ad show bln 9 ni, so dtgla utk casting malam ni. Sesi latihan akan diberitahu. So, dtgla ye beramai2...rindu nak jmpe senior2 dulu~huhuhu

Teuku Kasawari said...

hehe.. insya-Allah. ada kelapangan kasawari dtg k.. thanx ira.. jadi YDP yang baik tau! :)

Dr. Ira said...

insyaAllah~hehehee~casting telah ditukar pd hari isnin(26 julai) di bilk kelab ktr~

Hailey Francis Thomas Goitom said...

wahhh...nk wat usang lg ker? best3!!! rindu dgn produksi pertama Usang dlu...all the best utk korg ye....harap2lh ade rezeki bleh dtg jenguk korg skjap...hehehhe~

Dr. Ira said...

boleh je..dtgla sini abg hailey~